• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Kami Temui Paip Yang Meletup Di Putra Heights, Sekarang Dalam Kajian Forensik’ – Polis

oleh Mohd Arshad
18/04/2025
dalam Utama & Sensasi
1
‘Kami Temui Paip Yang Meletup Di Putra Heights, Sekarang Dalam Kajian Forensik’ – Polis
Share on FacebookShare on Twitter

RAWANG: Laporan awal siasatan insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya, dijangka diperoleh pada minggu depan, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Beliau berkata, setakat ini siasatan kes itu hampir selesai dan sedang dilengkapkan.

“Siasatan masih lagi berjalan dari segi kecuaian atau khianat dan satu lagi siasatan oleh pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) masih berjalan juga.

“Jadi kita tunggu dalam seminggu lagi, kita akan keluarkan laporan awal iaitu hasil dapatan di lokasi kejadian,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Balai Polis Bandar Country Homes di sini, hari ini.

Terdahulu, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah merasmikan balai polis berkenaan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Pada 1 April lalu, saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, meletup sebelum terbakar pada jam 8.10 pagi.

Kejadian itu mengakibatkan 219 rumah terjejas, manakala 220 rumah disahkan selamat dan tidak terkesan.

Daripada jumlah itu, 87 rumah mengalami kerosakan teruk, manakala 132 lagi mengalami kerosakan kecil kurang 20 peratus.

Mengulas lanjut, Hussein berkata, kerja pengorekan tanah di lokasi kejadian kebakaran itu hampir selesai dijalankan.

“Kita sudah menemukan paip yang meletup dan sekarang dalam kajian forensik oleh polis serta pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” katanya.

BHonline-

Tags: Putra Heights
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Isu Letupan Gas Di Putra Heights: Sesi Taklimat Khas Kepada Wakil Rakyat Esok – MB

Isu Letupan Gas Di Putra Heights: Sesi Taklimat Khas Kepada Wakil Rakyat Esok – MB

06/07/2025
0

KLANG: Sesi taklimat khas kepada semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor berhubung isu letupan saluran paip...

Letupan Paip Gas Putra Heights: Polis Klasifikasi Tiada Tindakan Lanjut (NFA)

Letupan Paip Gas Putra Heights: Polis Klasifikasi Tiada Tindakan Lanjut (NFA)

01/07/2025
0

SHAH ALAM: Polis mengklasifikasikan insiden letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lalu sebagai Tiada Tindakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd