• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Saya Masih Tidak Tahu Bila Tarikh Sebenar Eda Ezrin Akan Dibebaskan Daripada Penjara…’ – Bapa

oleh Mohd Arshad
18/04/2025
dalam Terkini
1
‘Saya Masih Tidak Tahu Bila Tarikh Sebenar Eda Ezrin Akan Dibebaskan Daripada Penjara…’ – Bapa
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU: Bapa penyanyi dikir barat, Wan Norshaheeda Azlin atau lebih dikenali sebagai Eda Ezrin masih tidak tahu bila anaknya akan dibebaskan daripada Penjara Wilayah Narathiwat di Thailand.

Wan Ismail Wan Yusuf, 52, berkata setakat ini dia tidak mendapat maklumat berkenaan tarikh sebenar anaknya bersama suami dan empat lagi rakannya akan dibebaskan dan pulang ke negara ini.

“Difahamkan, pendakwa raya diberi tiga peluang untuk membuat permohonan lanjutan tempoh memfailkan rayuan terhadap anak saya iaitu sehingga 6 Julai ini.

“Pendakwa raya sebelum ini buat rayuan pertama untuk lanjutan tempoh tahanan, jika tiada rayuan kedua, maka anak saya akan bebas lebih awal,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Eda Ezrin yang juga penyanyi lagu Bea Sobar Bea bersama suami dan empat lagi rakan dijangka bebas dari Penjara Wilayah Narathiwat pada 7 Mei depan.

Jurucakap Mahkamah Wilayah Narathiwat berkata, pihaknya belum menerima rayuan kedua daripada pendakwa raya wilayah selepas memfailkan rayuan kali pertama pada 2 April lalu.

Pada 6 Mac lalu, mahkamah yang bersidang selama tiga hari iaitu 11, 13 dan 14 Februari membebaskan Eda Ezrin; suaminya, Mohd Affendi Ahmad, 35; serta rakan mereka, Eridieka Mohd Noor, 33; Mohamad Alif Deraman, 33; Nur Aida Mamat, 33; dan Zuhaira Nasrin, 26, daripada tuduhan secara bersama memiliki untuk menjual 6,059 biji pil methamphetamine.

Bagaimanapun, disebabkan semua tertuduh rakyat asing, mereka terpaksa tinggal di penjara sementara menunggu pihak pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

Wan Ismail berkata, pendakwa raya kini mungkin sedang mencari bukti untuk membolehkan mereka melanjutkan tempoh tahanan Eda Ezrin, tetapi jika tiada perkembangan mengenai perkara itu, tempoh tahanan anaknya akan habis tidak lama lagi.

BHonline-

Tags: Eda Ezrin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buru 2 Rakan Didakwa Aniaya Eda Ezrin Dan 5 Lagi

Polis Buru 2 Rakan Didakwa Aniaya Eda Ezrin Dan 5 Lagi

10/08/2025
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan menyifatkan keterangan diberi penyanyi dikir barat moden yang popular dengan lagu 'Bae Sobar Bae', Eda Ezrin...

Eda Ezrin, Lima Yang Lain Akan Ditahan Untuk Diambil Keterangan Selepas Tiba Di Kelantan – KP

Eda Ezrin, Lima Yang Lain Akan Ditahan Untuk Diambil Keterangan Selepas Tiba Di Kelantan – KP

07/08/2025
0

SUNGAI GOLOK: Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mengesahkan pihaknya akan menahan Eda Ezrin dan lima yang lain sebaik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd