• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

oleh Mohd Arshad
10/04/2025
dalam Utama & Sensasi
1
Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Seorang bayi lelaki berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di kawasan Kangkar Pulai di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, pihaknya menerima laporan dibuat ibu bayi berkenaan iaitu wanita tempatan berusia 31 tahun pada jam 4.24 petang semalam.

Beliau berkata, bagaimanapun, bedah siasat dijalankan ke atas mangsa dan mendapati tiada kesan kecederaan luaran pada tubuh badan mangsa.

“Disahkan kita menerima laporan semalam daripada ibu mangsa yang memaklumkan anaknya tidak sedarkan diri ketika dikejutkan daripada tidur oleh pengasuhnya iaitu wanita tempatan berusia 34 tahun.

“Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini dan disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.

“Punca kematian masih dalam siasatan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurut beliau, setakat ini, belum ada sebarang tangkapan dibuat.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR) dan siasatan dijalankan selari di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta kanak-kanak 2001 iaitu menganiaya, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak dengan cara mungkin menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi.

BHonline-

Tags: bayi lelakimeninggal duniataska
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat di Surau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd