• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun M Minta Polis Beri Taklimat Siasatan 1MDB, 5 Hari Lepas Angkat Sumpah PM

oleh AK-47
dalam Politik
0
Tun M Minta Polis Beri Taklimat Siasatan 1MDB, 5 Hari Lepas Angkat Sumpah PM
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ada memanggil polis untuk memberikan taklimat mengenai siasatan skandal kewangan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas Pegawai Penyiasat 1MDB, R Rajagopal berkata, beliau dipanggil memberikan taklimat itu lima hari selepas Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai perdana menteri, pada 10 Mei 2018.

Menurut Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman itu, beliau diarahkan memberikan taklimat melalui Powerpoint kepada Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana mengenai status dan peringkat siasatan 1MDB.

Rajagopal berkata, beliau pergi bersama bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh pada 15 Mei 2018.

“Saya memberikan taklimat kepada beliau (Dr Mahathir) mengenai siasatan dan menyatakan ini yang kami lakukan di Malaysia dan beliau hanya meminta kami untuk melengkapkan bukti daripada pelbagai bidang kuasa asing bagi melengkapkan siasatan.

“Ketika taklimat itu, saya mengetengahkan aduan daripada Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) mengenai penyelewengan dana 1MDB dan menunjukkan hasil daripada dana berakhir antaranya ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

Rajagopal selaku saksi pembelaan ke-11 berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib pada sesi soal balas.

Ketika disoal semula oleh peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sama ada terdapat sesiapa pada mesyuarat itu mencadangkan mana-mana personaliti tertentu untuk didakwa, Rajagopal menjawab “tidak.”

Rajagopal berkata, beliau tidak ingat sama ada Dr Mahathir ada bertanyakan mengapa siasatan tidak berjalan dengan pantas ketika di bawah pentadbiran Najib.

Katanya, beliau tiada tanggapan Dr Mahathir tidak berpuas hati dengan siasatan polis ketika itu, dan menurut saksi, beliau sudah akan digantikan dengan orang lain jika perdana menteri tidak berpuas hati.

Antara tahun 2015 dan 2018, Rajagopal menjalankan siasatan berhubung pecah amanah jenayah yang didakwa membabitkan Lembaga Pengarah dan pengurusan 1MDB, dan tidak menyiasat Najib.

Perbicaraan 1MDB hanya membabitkan dakwaan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram terhadap Najib.

-Harian Metro

Tags: Kes 1MDBpolisTun M
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Hukuman Penjara 15 Tahun, Denda RM11.4 Bilion Kes 1MDB

Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Hukuman Penjara 15 Tahun, Denda RM11.4 Bilion Kes 1MDB

14/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd