• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebakaran Paip Gas: 529 Ditempatkan Di Dua PPS, 111 Dirawat – 13 Di Zon Merah

oleh Mohd Arshad
02/04/2025
dalam Utama & Sensasi
1
Kebakaran Paip Gas: 529 Ditempatkan Di Dua PPS, 111 Dirawat – 13 Di Zon Merah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Seramai 111 mangsa mendapatkan rawatan di hospital susulan kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya semalam dengan 13 daripadanya berada di zon merah.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata daripada jumlah berkenaan, 55 mangsa menerima rawatan di zon kuning manakala 43 lagi kategori zon hijau.

“Seramai 75 orang menerima rawatan di Hospital Sultan Idris Shah Serdang dan Hospital Cyberjaya manakala 36 mangsa mendapatkan rawatan di hospital lain, antaranya Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buloh,” katanya di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Subang, hari ini.

Wan Azlan berkata setakat ini seramai 529 mangsa ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu di Dewan Masjid Putra Heights membabitkan 485 orang daripada 110 keluarga manakala 44 orang daripada lapan keluarga lagi berteduh di Dewan Serbaguna MBSJ (Camelia).

Sebanyak 235 premis serta 399 kenderaan terjejas dalam kejadian itu.

“Setakat ini polis menerima 59 laporan, antaranya berkaitan rumah dan kenderaan terjejas, kecederaan serta isu tanah,” katanya.

Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) mengesahkan kebakaran pada 8.10 pagi semalam berlaku di saluran paip utama Petronas Gas Bhd (PGB).

Bernama-

Tags: Kebakaran Paip GasPPS
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR - Hujan lebat berterusan menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Johor...

Banjir 7 Negeri: Pahang Paling Ramai Di PPS

Banjir 7 Negeri: Pahang Paling Ramai Di PPS

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Setakat jam 9.30 pagi ini terdapat 2,827 mangsa daripada 838 keluarga ditempatkan di 36 pusat pemindahan sementara (PPS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd