• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Nampak Letusan Bentuk Cendawan Sebelum Api Marak

oleh Mohd Arshad
01/04/2025
dalam Terkini
1
Penduduk Nampak Letusan Bentuk Cendawan Sebelum Api Marak
Share on FacebookShare on Twitter

SUBANG JAYA: Ada penduduk berhampiran lokasi kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights di sini, mendakwa melihat letupan gas menyerupai bentuk cendawan sebelum api mulai marak.

Muhammad Akmal Muhd Asri, 29, yang menetap di Kampung Kuala Sungai Baru, berhampiran lokasi kejadian, berkata kebakaran berlaku berdekatan sebuah kawasan projek rumah kedai yang baharu dibina.

“Kejadian berlaku sekitar jam 8.30 pagi ketika saya dan keluarga sedang bersiap untuk keluar pergi menziarahi saudara dan beraya.

“Kami dan penduduk lain pada mulanya digemparkan dengan letupan pertama sebelum disusuli gas yang meletup mengakibatkan api marak.

“Suasana pertama yang dapat digambarkan adalah letupan gas menyerupai bentuk cendawan sebelum api marak.

“Kami sekeluarga bergegas ambil semua harta benda dan dokumen penting sebelum keluar dan pergi ke kawasan selamat kerana bimbang terhidu gas beracun,” katanya kepada BH, hari ini.

Katanya, pasukan bomba yang tiba di lokasi sejurus kejadian turut mengarahkan penduduk kampung meninggalkan rumah masing-masing demi keselamatan.

Seorang lagi mangsa, Tan Jia Shin, 17, berkata ketika kejadian dia bersama ibunya yang sarat mengandung dan bapa serta dua adik beradiknya berada di dalam rumah sebelum merasakan gegaran sekitar jam 8 pagi.

“Kami semua bergegas keluar dan melihat api sedang marak dan lokasi kejadian itu kita dua lorong sebelum rumah kami.

“Ketika itu hanya fikir keselamatan ibu yang mengandung dan kami keluar dari rumah tanpa membawa apa-apa termasuk kereta dengan bantuan pihak bomba,” katanya ketika di pusat rawatan sementara di kuil Sri Maha Kaliamman, di sini.

Seorang lagi mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Andy 52, berkata rumahnya terletak kira-kira 100 meter dari lokasi kebakaran.

Katanya, dia bersama dua anak masing-masing berusia 14 dan 18 tahun merasakan gegaran dan mengambil tindakan untuk keluar daripada rumah selepas melihat api yang sedang marak.

“Saya hanya sempat membawa keluar kereta dan seorang anak perempuan saya berumur 18 tahun cedera di kaki selepas terjatuh semasa memanjat pagar kerana akibat haba yang panas.

“Banyak barangan seperti bahan plastik yang berada sekitar itu sudah cair menyebabkan sukar untuk kami keluar dari rumah,” katanya.

Sementara itu, Lee Weng Ken, 42, cedera di kaki kiri akibat melecur ketika cuba menyelamatkan diri dari kediamannya.

“Kejadian kira-kira jam 8.10 pagi, saya terkejut melihat siling rumah terjatuh dan menghempap kenderaan.

“Saya terus keluar dari rumah dan akibat itu saya terjatuh dan cedera terkena haba kerana kebakaran yang berlaku cuma kira-kira 100 hingga 200 meter dari rumah,” katanya.

Sementara itu, bekas wartawan penyiaran, Aidil Ghafar, berkata dia merasakan gegaran pada 8.20 pagi dan menyangkakan kucingnya bergaduh di luar rumah.

Beliau yang menetap di kediaman yang terletak kira-kira 200 meter dari lokasi kebakaran memaklumkan terhidu bau gas dan merasai bahang api yang kuat.

“Sejak dua hari lalu berlaku kerja-kerja mengorek di lokasi berhampiran rumahnya dan dipercayai antara lokasi saluran paip gas.

“Saya percaya kerja-kerja mengorek itu antara punca berlakunya kebakaran,” katanya yang tinggal di Jalan Putra Harmoni 1/3 sejak 10 tahun lalu.

Tinjauan BH mendapati, mangsa yang mengalami kecederaan ringan di tempatkan di kuil Sri Maha Kaliamman, di sini untuk menerima rawatan awal daripada Kementerian Kesihatan.

Setakat 11 pagi ini seramai 30 orang menerima rawatan awal serta beberapa orang di hantar ke Hospital Serdang, Putrajaya dan Cyberjaya untuk rawatan lanjut.

-Berita Harian

Tags: cendawanPutra Heights
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

‘Ichikolowa’ – Cendawan Gergasi Dari Zambia Yang Boleh Memberi Makan Satu Keluarga!

‘Ichikolowa’ – Cendawan Gergasi Dari Zambia Yang Boleh Memberi Makan Satu Keluarga!

06/11/2025
0

️ ‘Ichikolowa’ – Cendawan Gergasi Dari Zambia Yang Boleh Memberi Makan Satu Keluarga! Oleh Mynewshub LUSAKA, 5 November – Di...

Isu Letupan Gas Di Putra Heights: Sesi Taklimat Khas Kepada Wakil Rakyat Esok – MB

Isu Letupan Gas Di Putra Heights: Sesi Taklimat Khas Kepada Wakil Rakyat Esok – MB

06/07/2025
0

KLANG: Sesi taklimat khas kepada semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor berhubung isu letupan saluran paip...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd