• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Bunyi Dentuman Kuat Itu Rupanya Anak Terjatuh Dalam Perigi 10 Meter…’

oleh Mohd Arshad
28/03/2025
dalam Terkini
0
‘Bunyi Dentuman Kuat Itu Rupanya Anak Terjatuh Dalam Perigi 10 Meter…’
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK: “Saya panik apabila bunyi dentuman kuat yang didengari itu rupanya anak bongsu yang terjatuh dalam perigi sedalam 10 meter, tetapi mujurlah ketika itu paras air hanya setakat dadanya iaitu kira-kira setengah meter saja,” kata Tuan Hasnah Tuan Lah, 52, dari Kampung Seneng, Jelawat, di sini.

Beliau berkata, perigi berkenaan memang berada dalam kawasan dapur di rumahnya dan sering digunakan untuk urusan harian, tetapi tidak menyangka anaknya, Shahrul Nizam Majuddin, 8, memanjat kayu reput yang dijadikan penutup perigi itu yang menyebabkan dia terjatuh dalam perigi gelap itu, kelmarin.

“Perigi itu memang ada dalam rumah dan di atasnya diletakkan kayu penutup. Malangnya, ketika Shahrul Nizam memijak kayu penutup itu, ia reput dan patah menyebabkan dia terjatuh dalam perigi sedalam 10 meter.

“Saya yang terkejut mendengar dentuman bunyi kuat terus bergegas ke dapur mencari anak dan panik melihat dia ada di dasar pergi yang airnya sedalam kira-kira setengah meter sambil menjerit menangis.

“Luluh hati melihatnya, lalu saya kemudian berlari meminta bantuan penduduk kampung yang berusaha mengeluarkannya segera dari perigi itu menggunakan tangga,” katanya kepada BH.

Mengulas kejadian itu, Tuan Hasnah berkata, hanya dia dan Shahrul Nizam berada di rumah manakala suami, Majuddin Mohd, 39 bekerja.

“Saya bersyukur anak tidak cedera dalam kejadian itu. Saya juga berterima kasih kepada pasukan bomba yang yang datang membantu tetapi ketika itu, anak sudah berjaya dikeluarkan dari perigi,” katanya.

BHonline-

Tags: DentumanJatuh Perigi
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Warga Emas Maut Jatuh Perigi

Warga Emas Maut Jatuh Perigi

22/05/2025
0

PASIR MAS: Seorang wanita warga emas meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ke dalam perigi di Kampung Lumpur, Alor Pasir, di...

Dentuman Di Ipoh Kekal Misteri, Penduduk Daerah Bersebelahan Turut Dengar – KPN

Dentuman Di Ipoh Kekal Misteri, Penduduk Daerah Bersebelahan Turut Dengar – KPN

23/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Bunyi dentuman yang masih misteri di Ipoh, Isnin lalu turut didengari oleh penduduk di daerah bersebelahan. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd