• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Hilang Ditemukan 700km Dari Kuching, Menyorok Dalam Bas Ke Kapit

oleh AK-47
27/03/2025
dalam Terkini
1
Kanak-Kanak Hilang Ditemukan 700km Dari Kuching, Menyorok Dalam Bas Ke Kapit
Share on FacebookShare on Twitter

Kuching: Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang di Batu 8, Jalan Penrissen, di sini, Selasa lalu ditemukan di Kapit yang jaraknya kira-kira 700 kilometer dari Kuching.

Ketua Polis Daerah Kapit Deputi Superintendan Rohana Nanu berkata, kanak-kanak berusia 12 tahun itu ditemukan dalam keadaan selamat dan dia mengaku menaiki bas dari Kuching ke bandar di tengah Sarawak itu.

Beliau berkata, kanak-kanak berkenaan yang lengkap berseragam sekolah diserahkan oleh seorang lelaki di Balai Polis Kapit pada 3.30 petang, semalam.

Sebelum itu katanya, lelaki terbabit menemukan kanak-kanak itu tanpa arah tujuan di Terminal Bas Kapit, di Jalan Bleteh.

“Hasil siasatan awal mendapati kanak-kanak itu menaiki sebuah bas ekspres secara bersendirian dari Kuching Sentral kira-kira 9.30 malam pada 25 Mac dan tiba di Kapit pada keesokannya kira-kira 8 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rohana berkata, ibu bapa kanak-kanak itu yang dimaklumkan penemuan itu datang ke Balai Polis Kapit pada 12.45 tengah malam semalam untuk mengambil anak mereka.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati kanak-kanak itu mengaku menaiki bas ekspres berkenaan seorang diri tanpa disedari oleh pemandu mahupun penumpang lain.

Difahamkan, kanak-kanak itu menyelinap masuk ke dalam bas dari Kuching ke Kapit pada malam Selasa lalu dan bersembunyi di celah tempat duduk sepanjang perjalanan kira-kira 10 jam.

Rohana berkata, tiada sebarang unsur jenayah atau kes penculikan berlaku terhadap kanak-kanak berkenaan.

“Kanak-kanak itu sudah diserahkan kepada ibu bapanya dalam keadaan baik dan selamat dan kes itu yang pada mulanya diklasifikasikan sebagai laporan orang hilang kini ditutup dengan status ‘No Further Action’ (NFA),” katanya.

-Harian Metro

Tags: Kanak-Kanak Hilang
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Operasi SAR Pantai Kemayan Dihentikan Sementara

Operasi SAR Pantai Kemayan Dihentikan Sementara

05/03/2023
0

BACHOK: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak hilang di Pantai Kemayan, di sini, ditangguhkan pada jam 7.30 malam tadi, dan...

Siasatan Kanak-Kanak Hilang Sebagai Kes Bunuh

14/03/2022
0

KUCHING : Kehilangan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di Bintawa di sini, sejak 7 Mac lalu kini disiasat sebagai kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd