• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kematian Tentera: Dua Anggota Batalion Ke-20 RAMD Ditahan Bantu Siasatan

oleh Mohd Arshad
26/03/2025
dalam Jenayah
0
Kematian Tentera: Dua Anggota Batalion Ke-20 RAMD Ditahan Bantu Siasatan
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING: Dua anggota Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD) ditahan di Kem Sri Miri di sini, semalam bagi membantu siasatan kes kematian seorang anggota pasukan itu, Prebet Muhammad Muqriz Aseri, pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata kedua-dua prebet berusia 22 dan 24 tahun itu ditahan di Kem Sri Miri pada jam 4.30 petang.

Katanya, polis sudah mendapat perintah mahkamah untuk menahan reman mereka selama tujuh hari sehingga 2 April ini.

“Kes itu sedang dalam siasatan oleh pihak polis mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki membunuh,” katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 pagi Isnin, Muhammad Muqriz, 21, dilaporkan sedang tidur di berek bujang Kem Sri Miri apabila dikejutkan oleh dua anggota senior untuk bersahur.

Namun sebelum bersahur, anggota senior terbabit dikatakan mengarahkan mangsa untuk melakukan aktiviti ‘commando rest’ (pacak kepala di lantai, tangan ke belakang) selama dua minit dan tekan tubi 20 kali.

Mangsa yang berpeluh dilaporkan kemudian berdiri sebelum terus pitam. Kejadian itu kemudian dimaklumkan kepada seorang anggota berpangkat Koperal yang juga ketua bilik bujang di berek berkenaan.

Beliau kemudian menghantar anggota tentera terbabit ke Hospital Miri, sebelum doktor di situ mengesahkan mangsa meninggal jam 3.05 pagi.

Dalam pada itu, Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, siasatan awal mendapati terdapat unsur ‘manhandling’ (pengendalian secara kasar) yang dipercayai punca kematian Muhammad Muqriz.

Laporan awal hasil bedah siasat di Hospital Miri semalam mendedahkan punca kematian akibat trauma benda tumpul pada dada yang merujuk kepada hentakan kuat di bahagian dada menyebabkan kerosakan pada jantung.

Jenazah Muhammad Muqriz diterbangkan ke Kuala Lumpur semalam dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Islamiah, Kampung Lindungan, Petaling Jaya, jam 11.55 malam tadi.

BHonline-

Tags: Batalion Ke-20 RAMBkematian tentera
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd