• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bas Bawa 20 Pelancong China Rempuh Treler, Pemandu Parah

oleh AK-47
22/03/2025
dalam Terkini
0
Bas Bawa 20 Pelancong China Rempuh Treler, Pemandu Parah
Share on FacebookShare on Twitter

Nilai: Bas yang membawa 20 pelancong warga China terbabit kemalangan dekat Kilometer 43, Lebuhraya Utara- Selatan Hubungan Tengah (Elitte), di sini, hari ini menyebabkan pemandunya parah.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, kejadian kira-kira 8 pagi itu turut menyebabkan 21 penumpang cedera ringan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika sebuah bas ekspres yang dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 46 tahun dari arah Kuala Lumpur menghala ke Singapura.

“Bas membawa bersama 20 penumpang warganegara China dan seorang warganegara Malaysia sebagai jurubahasa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, treler jenis Hino yang dipandu seorang lelaki berusia 51 tahun dari arah Shah Alam, Selangor menghala ke Senawang.

“Apabila sampai di tempat kejadian, treler dikatakan sedang mendaki di lorong kiri, tiba-tiba bas dari arah belakang dipercayai terus melanggar belakang lori treler.

“Akibat kemalangan, pemandu bas parah dan penumpang bas serta pemandu lori treler cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Putrajaya, Hospital Cyberjaya dan Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban,” katanya.

Abdul Malik berkata, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menyalurkan maklumat ke Pusat Kawalan Daerah Nilai di talian 06-7904389 atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Zakaria Mohamad Jais di talian 0196990142,” katanya.

-Harian Metro

Tags: basPelancong
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Aktivis dakwah, Firdaus Wong Wai Hung mengemukakan beberapa persoalan kritikal berhubung penganjuran acara Rain Rave 2026 yang...

Tragedi Pelajar UPSI: Kelajuan Bas Cecah 117.6 km/j, Punca Nahas Dikenal Pasti

Tragedi Pelajar UPSI: Kelajuan Bas Cecah 117.6 km/j, Punca Nahas Dikenal Pasti

18/07/2025
0

PUTRAJAYA - Kelajuan bas persiaran yang terlibat dalam nahas mengorbankan 15 nyawa pelajar Universiti Sultan Idris Shah (UPSI) Jun lalu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd