• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Perbuatan Kamu Teruk’ – Hakim Tegur Bapa Tiri Rakam Video Anak Mandi

oleh Mohd Arshad
19/03/2025
dalam Jenayah
2
‘Perbuatan Kamu Teruk’ – Hakim Tegur Bapa Tiri Rakam Video Anak Mandi
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR: “Perbuatan kamu (rakam) sangat teruk. Mahkamah berharap kamu insaf dengan perbuatan ini, janganlah ulangi kesalahan seperti ini.”

Demikian teguran Hakim Mahkamah Sesyen, Nariman Badruddin sebelum menjatuhkan hukuman denda RM6,000 terhadap pekerja pembersihan kerana merakam dan memiliki bahan lucah berupa video dan gambar bogel anak tirinya.

Tertuduh berusia 56 tahun sebelum itu mengaku bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan jurubahasa terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak iaitu 18 rakaman video dan beberapa keping gambar bogel anak tiri berusia 15 tahun yang sedang mandi.

Perbuatan itu berlaku antara 17 September hingga 21 Disember tahun lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 dengan penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pada jam 12.28 tengahari, 14 Mac lalu satu laporan polis dibuat pengadu yang juga mangsa memaklumkan tertuduh memiliki gambar dan videonya dalam keadaan mengaibkan.

Susulan laporan itu, polis menjalankan siasatan mendapati tertuduh membuat rakaman itu selepas mangsa mandi di bilik air lelaki itu dan juga ibunya.

Siasatan juga mendapati, mangsa tinggal bersama ibu dan bapa tiri dengan perbuatan itu dilakukan tanpa pengetahuan ibu kandungnya.

Bagaimanapun, segalanya terbongkar ketika mangsa cuba membersihkan storan emel bapanya yang hampir penuh sebelum ternampak rakaman disimpan di dalamnya.

Bertindak atas maklumat, pada jam 2.45 petang hari sama, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Muar menahan tertuduh dan merampas telefon bimbit untuk siasatan lanjut.

Ketika siasatan dijalankan, polis menemui 18 video dan gambar lucah mangsa antara 17 September hingga 22 Disember 2024 dengan kesemua rakaman itu dibuat di sebuah rumah dalam daerah ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Diyana Najihah Muhamed Fauzi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Selain menjatuhkan hukuman itu, mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan jika tidak membayarnya. Tertuduh kemudian membayar denda itu.

BHonline-

Tags: bapa tiriHakim
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Budak Sembilan Tahun Maut Disyaki Didera Bapa Tiri

Budak Sembilan Tahun Maut Disyaki Didera Bapa Tiri

23/06/2025
0

MELAKA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut dipercayai didera oleh bapa tiri di sebuah rumah di Kota Laksamana,...

Polis Gagal Ambil Keterangan Yusoff Rawther Dakwaan Diperangkap – Hakim

Polis Gagal Ambil Keterangan Yusoff Rawther Dakwaan Diperangkap – Hakim

12/06/2025
0

KUALA LUMPUR –Bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik, Muhammed Yusoff Rawther dilepaskan dan dibebaskan (DNA) atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd