• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Pengangguran Turun 3.1 Peratus – DOSM

oleh AK-47
11/03/2025
dalam Terkini
0
Kadar Pengangguran Turun 3.1 Peratus – DOSM
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya: Bilangan penganggur pada Januari 2025 menurun kepada 533,800 orang, dengan kadar pengangguran 3.1 peratus, menurut Statistik Tenaga Buruh Januari 2025 yang dikeluarkan hari ini.

Jumlah itu menandakan penurunan sebanyak 0.9 peratus daripada 538,500 orang penganggur pada Disember 2024.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata pasaran buruh negara berada dalam trend peningkatan pada Januari 2025, mencerminkan penambahbaikan berterusan dalam kedudukan ekonomi negara walaupun terdapat beberapa cabaran dalam perdagangan dan inflasi.

“Oleh itu, bilangan tenaga buruh pada Januari 2025 terus bertambah, meningkat 0.3 peratus bulan ke bulan kepada 17.22 juta orang (Disember 2024:17.17 juta orang). Kadar penyertaan tenaga buruh kekal pada 70.6 peratus seperti bulan sebelumnya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Uzir berkata, bilangan penduduk bekerja pada Januari 2025 terus bertambah, mencatatkan peningkatan 0.3 peratus untuk mencapai 16.68 juta orang berbanding 16.63 juta orang pada Disember 2024.

Mengulas lanjut mengenai situasi guna tenaga, beliau berkata majoriti mereka yang bekerja pada Januari 2025 berada dalam kategori pekerja, merangkumi 75.3 peratus, mencatatkan pertambahan sebanyak 0.3 peratus kepada 12.56 juta orang (Disember 2024:12.53 juta orang).

Kategori penduduk bekerja sendiri juga menunjukkan peningkatan sebanyak 0.7 peratus kepada 3.11 juta orang, berbanding 3.09 juta orang pada Disember tahun lepas.

Berhubung situasi pengangguran, beliau berkata, 79.4 peratus daripada jumlah penganggur adalah penganggur aktif, iaitu mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan.

“Dalam kategori ini, bilangan itu berkurang 0.5 peratus kepada 423,600 orang berbanding 425,700 orang pada Disember 2024.

“Mengikut tempoh menganggur bagi penganggur aktif, 63.6 peratus adalah mereka menganggur kurang dari tiga bulan manakala 5.6 peratus berada dalam pengangguran jangka panjang melebihi setahun.

“Sementara itu, penganggur tidak aktif atau mereka yang percaya bahawa tiada pekerjaan tersedia menurun 2.3 peratus kepada 110,200 ribu orang,” katanya.

Pada Januari 2025, kadar pengangguran bagi belia berusia 15 hingga 24 tahun turun kepada 10.3 peratus, merekodkan 299,300 penganggur belia berbanding 10.4 peratus atau 301,400 orang pada Disember tahun lepas.

-Harian Metro

Tags: DOSMKadar Pengangguran
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ismail Sabri Beri Keterangan Khamis Ini, MC Tamat Esok – Azam Baki

Next Post

Pengendali Stesen Radio Era FM Dikompaun RM250,000

Related Posts

Harga Makanan Kegemaran Meningkat Hampir Dua Kali Sejak 13 Tahun Lalu – DOSM

Harga Makanan Kegemaran Meningkat Hampir Dua Kali Sejak 13 Tahun Lalu – DOSM

30/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Harga makanan kegemaran rakyat Malaysia seperti roti canai, nasi lemak dan sate meningkat hampir dua kali sejak 13...

Simen, Besi, Pasir Naik Harga

Simen, Besi, Pasir Naik Harga

09/05/2023
0

PUTRAJAYA – Indeks harga seunit simen dan besi mencatatkan peningkatan masing-masing sebanyak 0.3 peratus dan 0.9 peratus pada April lalu,...

Next Post
Pengendali Stesen Radio Era FM Dikompaun RM250,000

Pengendali Stesen Radio Era FM Dikompaun RM250,000

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd