• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vijayan Savarinathan Mengaku Salah, Mohon Maaf Hina Islam

oleh Mohd Arshad
10/03/2025
dalam Terkini
0
Vijayan Savarinathan Mengaku Salah, Mohon Maaf Hina Islam
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pemilik akaun Facebook ‘Vijayan Savarinathan’ tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas tular satu video yang dimuat naiknya mengandungi penghinaan terhadap agama Islam.

Menerusi satu video terbaharu yang dimuat naik di Facebook pada Isnin, individu tersebut mengakui kesilapan dilakukannya tempoh hari.

Menurutnya, dia menjelaskan tindakannya itu berpunca daripada kemarahan terhadap penularan video melibatkan penyampai sebuah stesen radio yang sebelum ini didakwa menghina agama Hindu.

“Saya minta maaf ikhlas daripada hati saya… apa yang saya buat dan saya cakap memang tidak patut.

“Sebab mereka (penyampai sebuah stesen radio) buat video itu saya pun marah dan tidak boleh tahan sebab kita kena hina, tetapi itu bukan alasan untuk saya buat video begitu,” katanya.

Media tempatan pada Khamis melaporkan bahawa pihak polis sedang memburu pemilik akaun Facebook ‘Vijayan Savarinathan’ berhubung kandungan video berdurasi lebih tiga minit.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman, sejurus laporan polis dibuat termasuk usaha mengesan lelaki terbabit yang berkemungkinan berada di luar negara.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan yang boleh menyebabkan ketidakharmonian antara kaum dan agama, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi serta Multimedia 1998 berhubung penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan jaringan.

SinarHarian-

Tags: Hina AgamaVijayan Savarinathan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Kesan Waris Bayi Dibuang Dalam Beg

Next Post

Penjawat Awam Direman Lima Hari Bantu Siasatan Minta Rasuah RM3,000

Related Posts

Mahkamah: Penganggur Hina Agama Didenda RM10,000

Mahkamah: Penganggur Hina Agama Didenda RM10,000

25/07/2022
0

KOTA BHARU – Perbuatan seorang penganggur yang memuat naik video menghina agama Islam di media sosial memakan diri apabila dia...

Polis Siasat Video Penceramah Bebas

07/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan menjalankan siasatan berhubung klip video tular mengandungi kenyataan didakwa berbaur penghinaan agama dan kaum oleh...

Next Post
Penjawat Awam Direman Lima Hari Bantu Siasatan Minta Rasuah RM3,000

Penjawat Awam Direman Lima Hari Bantu Siasatan Minta Rasuah RM3,000

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd