• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

oleh AK-47
09/03/2025
dalam Terkini
0
Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental
Share on FacebookShare on Twitter

Padang Besar: Pemandu kereta Honda Civic yang disyaki memandu dengan laju sehingga merempuh motosikal dinaiki veteran komando tentera dan anaknya di Jalan Tok Kayaman, Beseri, di sini, Jumaat lalu disahkan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) kategori ketidakupayaan mental.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padang Besar Superintendan Sarih Salleh berkata, lelaki berusia 33 tahun itu, bagaimanapun, masih menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) kerana kecederaan serius akibat kemalangan itu.

“Pemandu kereta itu memang mempunyai kad OKU mental, namun kami akan menyiasat lebih lanjut dengan pihak hospital mengenai status kesihatannya pada waktu ini.

“Lelaki itu juga masih menerima rawatan di hospital. Sekiranya ada kewajaran, kita akan membuat tangkapan selepas dia sembuh,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, pihaknya akan merujuk HTF semula untuk memastikan sama ada lelaki berkenaan berada dalam keadaan waras atau tidak ketika memandu.

Jumaat lalu, seorang veteran komando tentera maut manakala anaknya parah selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh oleh sebuah kereta di Jalan Tok Kayaman, Beseri, Padang Besar.

Dalam kejadian jam 7.45 malam, mangsa, Rahimi Mat Rejab, 49, sedang menunggang motosikal jenis Honda Wave sambil dibonceng anaknya, Umar Haziq, 16, dan dipercayai dalam perjalanan menuju ke sebuah masjid di kawasan Padang Lati, Beseri, untuk berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib.

-Harian Metro

Tags: komandoOKU
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Letupan Di Sungai Golok: PDRM Perketat Kawalan Di Sempadan – Razarudin

Next Post

Dua Tapir Sesat Dalam Kawasan Perumahan Di Rembau

Related Posts

Penebar Roti Canai Rogol OKU Dijel 15 Tahun, 8 Sebatan

Penebar Roti Canai Rogol OKU Dijel 15 Tahun, 8 Sebatan

22/01/2025
0

Muar : "Banyak benda saya kena tanggung di luar sana, saya merayu sangat mahkamah ringankan hukuman terhadap saya." IKUTI CHANNEL...

OKU Lepasan Politeknik Kini Ketua Cef Pastri Restoran Terkenal

OKU Lepasan Politeknik Kini Ketua Cef Pastri Restoran Terkenal

31/07/2024
0

JIKA anda menetap di sekitar Seremban, Negeri Sembilan atau daerah berjiran iaitu Sepang, Selangor, nama Gastrohub Restaurant & Event Space...

Next Post
Dua Tapir Sesat Dalam Kawasan Perumahan Di Rembau

Dua Tapir Sesat Dalam Kawasan Perumahan Di Rembau

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd