• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Temu Bual Doktor Rawat Ismail Sabri Selama Sejam

oleh Mohd Arshad
07/03/2025
dalam Terkini
0
SPRM Temu Bual Doktor Rawat Ismail Sabri Selama Sejam
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai menemubual doktor yang merawat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sebuah hospital di Selangor, petang tadi.

Bagaimanapun, sumber SPRM memaklumkan pegawai perubatan itu bukan saksi dalam siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan bekas perdana menteri berkenaan.

“Pegawai SPRM telah bercakap dengan doktor berkenaan bermula 4 hingga 5 petang tadi untuk mengetahui tahap sebenar kesihatan dan mengetahui penyakit Ahli Parlimen Bera itu sebelum dipanggil memberi keterangan Khamis depan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sumber itu berkata, setakat ini 32 saksi telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes itu termasuk empat bekas pegawai kanan kepada Ismail Sabri yang sebelum ini direman dan dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Media sebelum ini melaporkan proses rakaman percakapan Ismail Sabri yang dijadualkan pada Rabu lepas ditangguhkan ke hari ini sebelum ditangguhkan sekali lagi ke 13 Mac ini, berikutan beliau masih dalam keadaan kurang sihat.

Bekas Naib Presiden UMNO itu sebelum ini dikejarkan ke sebuah pusat perubatan swasta selepas rebah secara tiba-tiba di rumahnya pada 21 Februari lalu.

Pada 3 Mac lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata Ismail Sabri merupakan suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta di dalam sebuah ‘safe house’ susulan serbuan dilakukan pihaknya.

-Berita Harian

Tags: Ismail SabriSPRM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd