• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

oleh Mohd Arshad
05/03/2025
dalam Terkini
1
Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID), Bukit Aman, Rajagopal Ramadass, terlibat dalam siasatan terhadap dakwaan salah urus di 1Malaysia Development (1MDB).

Menurut kenyataan firma peguam Tetuan Shafee & Co, Rajagopal dalam keterangan di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur pada Rabu mendedahkan bahawa hasil siasatan polis mendapati empat individu bertanggungjawab terhadap penyelewengan dana kira-kira USD$1.367 bilion daripada 1MDB.

Mereka ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi; bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO), Azmi Tahir; bekas Peguam Kanan Jasmine Loo dan Terrence Geh yang kini menjadi buruan.

“Daripada keempat-empat individu ini, tiga orang telah memberi keterangan terhadap Najib untuk pihak pendakwaan, manakala seorang lagi melarikan diri daripada bidang kuasa,” katanya pada Rabu.

Beliau turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa pengalihan dana awal sebanyak USD$700 juta ke syarikat Good Star Limited yang dimiliki Low Taek Jho, dibuat oleh Casey Tang atas arahan Shahrol Azral ketika itu.

Sementara itu, bekas Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB, Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin dalam keterangannya menafikan dakwaan bahawa Najib mempengaruhi keputusan syarikat secara langsung.

“Tidak pernah wujud pendekatan ‘top-down’ dalam pentadbiran 1MDB seperti yang didakwa saksi pendakwaan, terutamanya Shahrol Azral,” ujarnya.

Che Lodin turut menegaskan bahawa beliau tidak pernah menjadi proksi kepada Najib dan hubungan mereka sentiasa bersifat rasmi.

Beliau turut membetulkan tanggapan bahawa Najib yang melantiknya ke jawatan dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Boustead Holdings.

Sebaliknya, beliau menyatakan bahawa pelantikannya ke LTAT oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengulas mengenai peranan Najib dalam 1MDB, menurut Che Lodin, tiada kekeliruan dalam kalangan pengurusan syarikat mengenai tiga jawatan yang disandang oleh beliau iaitu Pengerusi Lembaga Penasihat, Perdana Menteri dan wakil pemegang saham Menteri Kewangan Diperbadankan.

Tegasnya, semua keputusan dibuat mengikut rangka kerja perundangan yang ditetapkan di bawah Akta Syarikat tanpa bergantung kepada Artikel 117 Memorandum dan Artikel Persatuan (M&A) syarikat.

“Kami sentiasa mematuhi prosedur tadbir urus korporat dan memastikan setiap keputusan dibuat secara telus serta mengikut peruntukan undang-undang,” jelasnya.

-Sinar Harian

Tags: 1MDBDatuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

14 Ditahan Kerana Merusuh, Khianat

Next Post

Mentega Terbang: Pertuduhan Sah, Ikut Perlembagaan – Hakim

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

10/04/2025
0

PUTRAJAYA: Tiga waran tangkap dikeluarkan kepada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan untuk didakwa mengikut pertuduhan...

Next Post
Mentega Terbang: Pertuduhan Sah, Ikut Perlembagaan – Hakim

Mentega Terbang: Pertuduhan Sah, Ikut Perlembagaan - Hakim

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd