• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KWSP Umum Dividen Lebih Tinggi, 6.3% Bagi Simpanan Konvensional Dan Shariah

oleh Mohd Arshad
01/03/2025
dalam Terkini
0
KWSP Umum Dividen Lebih Tinggi, 6.3% Bagi Simpanan Konvensional Dan Shariah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.30 peratus (%) bagi kedua-dua jenis simpanan, Konvensional dan Shariah.

Kadar dividen bagi Simpanan Konvensional adalah daripada jumlah agihan sebanyak RM63.05 bilion; manakala bagi Simpanan Shariah, membabitkan agihan berjumlah RM10.19 bilion.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan agihan untuk tahun 2024 sebanyak RM73.24 bilion.

Semua ahli boleh menyemak penyata terkini mulai esok (2 Mac) dan masing-masing digalakkan membuat semakan menerusi aplikasi KWSP i-Akuan..

KWSP berkata, bagi tahun berakhir 31 Disember 2024, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM74.46 bilion, meningkat 11 peratus berbanding RM66.99 bilion yang direkodkan pada 2023.

Katanya, Jumlah itu adalah selepas mengambil kira turun nilai kos ke atas ekuiti tersenarai bagi tahun berkenaan.

“Aset pelaburan KWSP mencapai RM1,249.71 bilion, naik 10% daripada RM1,135.82 bilion pada 2023.

“Peningkatan ini didorong oleh pendapatan portfolio yang kukuh serta jumlah caruman bersih sebanyak RM108.22 bilion, naik 11% daripada RM97.56 bilion pada 2023,” katanya, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi KWSP, Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata kadar dividen KWSP yang lebih tinggi bagi tahun 2024, didorong oleh pemulihan pasaran global dan domestik, pertumbuhan ekonomi yang kukuh, serta pengurusan portfolio yang berhemah.

Beliau berkata, dengan memanfaatkan perkembangan positif ini, strategi pelaburan yang pelbagai membolehkan kami meraih peluang pertumbuhan, mengoptimumkan pulangan, dan memperkukuh jaminan kewangan jangka panjang untuk ahli.

“Di peringkat domestik, pelaburan yang kukuh, pasaran buruh yang sihat, dan inflasi yang stabil telah merangsang permintaan, sementara eksport mendapat manfaat daripada kestabilan global dan kitaran pertumbuhan teknologi.

“Di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, inisiatif kerajaan di bawah Belanjawan 2024, serta pelan strategik yang lebih luas di bawah kerangka Ekonomi MADANI menarik pelaburan asing dan mengukuhkan ekonomi, selain mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan yang mampan,” katanya.

Mohd Zuki turut menekankan bahawa ketidaktentuan pasaran yang dialami pada tahun 2024 menggariskan kepentingan Alokasi Aset Strategik (SAA) KWSP dalam mengharungi keadaan ekonomi yang mencabar.

“SAA memainkan peranan penting dalam mengekalkan prestasi portfolio yang stabil memastikan ketahanan jangka panjang portfolio pelaburan KWSP.

“Dengan mengimbangi risiko dan pulangan, pendekatan ini bukan sahaja melindungi dana daripada ketidaktentuan pasaran, tetapi juga menyokong pembayaran dividen yang mampan untuk ahli kami,” katanya.

Ketika ini, ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.1% (2023: 3.6%) dengan pasaran saham menunjukkan kekuatan yang ketara.

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencatat pertumbuhan dua angka sebanyak +12.9% (2023: -2.7%) dan memuncak pada 1,678.80 mata pada Ogos, paras tertinggi sejak Disember 2020.

Prestasi global pula bercampur-campur, mencerminkan keadaan ekonomi yang berbeza mengikut rantau dengan bank-bank pusat di seluruh dunia mengekalkan kadar faedah yang agak tinggi bagi membendung tekanan inflasi daripada tahun-tahun sebelumnya.

Walaupun kadar faedah yang lebih tinggi lazimnya menekan penilaian ekuiti, ia juga mencipta peluang pelaburan dalam pendapatan tetap, memberi kesan bercampur kepada pasaran saham.

Pada tahun lalu, KWSP membayar dividen 5.5% untuk simpanan Konvensional, manakala 5.4% untuk simpanan Shariah membabitkan agihan pendapatan untuk tahun 2023 sebanyak RM57.81 bilion.

Dividen bagi 2022 sebanyak 5.35% bagi simpanan Konvensional dan 4.75% bagi simpanan Shariah.

Dividen paling tinggi pernah diagihkan KWSP adalah 8.5% iaitu dari 1983 hingga 1987.

-Berita Harian

Tags: DividenKWSP
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

Next Post

Polis Siasat Guru Didakwa Jalin Hubungan Dengan Anak Murid

Related Posts

Cadangan Caruman KWSP Terhadap Pekerja Asing Untuk Tangani Isu Gaji – Amir Hamzah

Cadangan Caruman KWSP Terhadap Pekerja Asing Untuk Tangani Isu Gaji – Amir Hamzah

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR : Cadangan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja asing bertujuan menangani isu gaji di Malaysia, memastikan...

90 Peratus Ahli KWSP Bawah 30 Tahun Dijangka Tak Cukup Wang Bersara

90 Peratus Ahli KWSP Bawah 30 Tahun Dijangka Tak Cukup Wang Bersara

26/09/2024
0

KUALA LUMPUR : Pengeluaran skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sepanjang tempoh COVID-19, secara kolektifnya telah menyebabkan lebih 90 peratus...

Next Post
Polis Siasat Guru Didakwa Jalin Hubungan Dengan Anak Murid

Polis Siasat Guru Didakwa Jalin Hubungan Dengan Anak Murid

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd