• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Anak Menangis, Tanya Bila Ibu Nak Balik’ – Eda Ezrin

oleh Mohd Arshad
27/02/2025
dalam Utama & Sensasi
2
‘Anak Menangis, Tanya Bila Ibu Nak Balik’ – Eda Ezrin
Share on FacebookShare on Twitter

NARATHIWAT, THAILAND – Penyanyi wanita sohor Kelantan, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, memberitahu, setiap kali anak-anaknya datang melawat di Penjara Wilayah Narathiwat di sini mereka akan menangis dan bertanya bila dia akan pulang.

“Sambil nangis anak akan tanya bila ibu nak balik. Paling menyedihkan lagi apabila mengenangkan saya tidak dapat bersama mereka pada pembukaan sekolah baru-baru ini serta puasa tidak lama lagi,” demikian luahan ibu kepada anak berusia sembilan dan lima tahun itu ketika ditemui di penjara pada petang Rabu.

Katanya, setiap Khamis dia akan bertemu dengan ahli keluarga kerana hari tersebut merupakan waktu lawatan bagi penghuni wanita.

Eda Ezrin membritahu, pernah melarang anak lelakinya ke sekolah selepas mendapat tahu dia menjadi mangsa ejekan rakan-rakan.

“Rakan-rakan dia ejek ibu masuk penjara. Dia pun tahu menggunakan media sosial dan ada mengikuti perkembangan saya melaluinya.

“Sedih bila difikirkan anak perlu berdepan dengan situasi ini. Sehingga saya minta dia jangan ke sekolah demi menjaga emosinya. Namun sekarang dia sudah kembali ke sekolah,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, nasib penyanyi wanita sohor Kelantan, Eda Ezrin suami serta empat lagi rakannya akan ditentukan pada 6 Mac ini.

Mahkamah Wilayah Narathiwat di sini pada Jumaat menetapkan tarikh tersebut sebagai keputusan kes penyanyi wanita itu bersama suami, Mohd Affendi Ahmad, 35, serta empat lagi rakan mereka iaitu Mohamad Alif Deraman, 33; Nur Aida Mamat, 33, Zuhaira Nasrin, 26, dan Erdieka Mohd Noor, 33.

Keputusan itu dibuat selepas kesemua saksi pendakwaan dan suspek selesai memberi keterangan selama tiga hari bermula pada 11, 13 dan 14 Februari.

SinarHarian-

Tags: Eda Ezrin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pertukaran Tahanan Terakhir Hamas-Israel

Next Post

Azam Sahkan SPRM Menahan Petugas Media Malam Tadi

Related Posts

‘Saya Masih Tidak Tahu Bila Tarikh Sebenar Eda Ezrin Akan Dibebaskan Daripada Penjara…’ – Bapa

‘Saya Masih Tidak Tahu Bila Tarikh Sebenar Eda Ezrin Akan Dibebaskan Daripada Penjara…’ – Bapa

18/04/2025
1

KOTA BHARU: Bapa penyanyi dikir barat, Wan Norshaheeda Azlin atau lebih dikenali sebagai Eda Ezrin masih tidak tahu bila anaknya...

Next Post
Azam Sahkan SPRM Menahan Petugas Media Malam Tadi

Azam Sahkan SPRM Menahan Petugas Media Malam Tadi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd