• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Parlimen Cadang BERNAMA Diperkasa, Jadi Suara Malaysia Di Peringkat Global

oleh AK-47
26/02/2025
dalam Terkini
1
Ahli Parlimen Cadang BERNAMA Diperkasa, Jadi Suara Malaysia Di Peringkat Global
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen mencadangkan supaya Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) diperkasa sehingga menjadi agensi berita global dan suara Malaysia di peringkat antarabangsa.

Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) berkata BERNAMA sebagai sebuah agensi berita mempunyai peranan penting dalam melaporkan berita tepat bukan hanya di dalam negara, tetapi di peringkat ASEAN dan global.

“Kalau Menteri Komunikasi dapat memulakan perubahan ini adalah baik…supaya BERNAMA dapat bermain di peringkat lebih luas, di peringkat ASEAN, di peringkat global,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang BERNAMA (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat hari ini.

Hassan berkata sekiranya peranan BERNAMA diperkasa, suara Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025, selain lantang dalam isu-isu kemanusiaan global seperti konflik di Gaza dapat disampaikan kepada masyarakat antarabangsa.

Mengambil contoh Al Jazeera yang berpangkalan di Doha, Qatar dan British Broadcasting Corporation (BBC), katanya, berkata organisasi media itu menjadi rujukan berita di peringkat global.

Cha Kee Chin (PH-Rasah) pula berharap BERNAMA dapat memainkan peranan lebih aktif dan proaktif dalam digital media pada masa kini.

Beliau berkata kerajaan perlu melihat penambahbaikan bagi menjadikan platform media sosial BERNAMA sebagai pilihan utama rakyat kerana agensi berita itu memainkan peranan penting dalam menangani berita-berita palsu.

Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) juga bersetuju supaya BERNAMA segera disegarkan bagi berdepan arus transformasi digital dan persaingan sengit organisasi media di negara ini dalam menyampaikan berita yang sahih dan diyakini rakyat.

“Saya menyambut baik usaha kerajaan dalam menambah mutu BERNAMA ke arah menjadi peneraju dalam penerbitan berita dan kandungan yang lebih berwibawa,” katanya.

Dewan Rakyat kemudian meluluskan Rang Undang-Undang BERNAMA (Pindaan) 2024, antaranya bertujuan menjadikan industri media lebih inklusif.

Pindaan terhadap Akta BERNAMA 1967 (Akta 780) yang kali pertama dibuat sejak akta itu digubal pada 1967, diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan lapan Ahli Parlimen.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil ketika membentangkan RUU itu untuk bacaan kali kedua berkata penggubalan RUU tersebut bertujuan memastikan komposisi baharu yang lebih dinamik sejajar dengan perkembangan dan keperluan semasa industri media.

Katanya, RUU itu bukan sekadar menawarkan reformasi kepada landskap media dan digital, malah akan menjadikan aspek komunikasi kerajaan lebih efektif dalam mendepani cabaran semasa.

RUU itu meminda Seksyen 2 Akta 780 bagi memasukkan satu tafsiran baharu “organisasi media” yang merangkumi bukan sahaja media cetak (surat khabar dan apa-apa medium percetakan) tetapi turut meliputi komunikasi massa iaitu media elektronik dan digital, seiring dengan ledakan teknologi dan digital masa kini.

–BERNAMA

Tags: Bernama
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Israel Mengaku Miliki Senjata, Peluru Dipenjara Tujuh Tahun

Next Post

Selangor Pertimbang Penjawat Awam Wanita Pulang Awal Ketika Ramadan

Related Posts

Senator Ras Adiba Pengerusi Baharu Bernama

24/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Senator Ras Adiba Radzi, 52, dilantik sebagai Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang baharu, dan merupakan wanita...

Lagi Langkah Sumbang Saifuddin Abdullah

13/07/2020
0

SAIFUDDIN Abdullah sekali lagi membuat 'langkah sumbang' sejak menjadi Menteri Komunikasi apabila mengambil tindakan terhadap pemberita Bernama TV yang hanya...

Next Post
Selangor Pertimbang Penjawat Awam Wanita Pulang Awal Ketika Ramadan

Selangor Pertimbang Penjawat Awam Wanita Pulang Awal Ketika Ramadan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd