• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jajaran Rel Selangor Akan Dibina Secara Berperingkat, Dijangka Ambil Masa 10 Tahun

oleh Mohd Arshad
19/02/2025
dalam Terkini
0
Jajaran Rel Selangor Akan Dibina Secara Berperingkat, Dijangka Ambil Masa 10 Tahun
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM : Pembinaan Jajaran Rel Selangor dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun yang akan dilaksana secara berperingkat membabitkan pelbagai fasa.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han, berkata kerajaan negeri sudah melaksana sesi libat urus bersama Kementerian Pengangkutan (MOT) bagi mendapatkan maklum balas berhubung cadangan projek terbabit.

“Fasa berperingkat yang dicadangkan adalah reka bentuk awal dan paparan awam, permohonan skim kereta api bersyarat kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan badan berkaitan; pemeriksaan awam dan pengenalpastian maklumbalas; penyediaan reka bentuk terperinci; persediaan bagi pelaksanaan tender, pengambilan tanah dan proses perbicaraan tanah; fasa pembinaan dan pengintegrasian sistem; serta sesi pengujian dan pentauliahan.

“Cadangan pembangunan Jajaran Rel Selangor dijangka dapat memberi kesan positif kepada Selangor, termasuk menerusi aspek limpahan ekonomi kepada negeri,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan R Rajiv (PH-Bukit Gasing) berhubung perkembangan projek Jajaran Rel Selangor.

Dalam pada itu, Sze Han berkata Kajian Kebolehlaksanaan Jajaran Rel Selangor kini dalam fasa akhir pelaksanaan dan hasil kajian itu akan diserah kepada Kementerian Pengangkutan.

Katanya, kajian itu mengenalpasti jajaran sepanjang 200 kilometer dengan empat cadangan jajaran sokongan atau spurline iaitu Pelabuhan Barat (Westport), Klang, Putra Heights, dan Universiti Selangor (Unisel) Bestari Jaya.

Jelasnya, kajian turut mempertimbang dua jenis perkhidmatan iaitu penumpang dan kargo yang akan mengurangkan tempoh masa utara dan selatan Selangor dengan kelajuan 160 kilometer sejam.

“Contohnya, pengguna dianggarkan mengambil masa 1 jam 42 minit dari Sabak Bernam ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menggunakan Rel Selangor berbanding 2 jam 41 minit jika memandu,” katanya.

Pada pembentangan Belanjawan Negeri 2024, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan pembangunan Jajaran Rel Selangor yang akan dimulakan menerusi kajian kebolehlaksanaan dengan peruntukan RM3 juta.

Jajaran Rel Selangor adalah cadangan jajaran kereta api yang akan menghubungkan Utara Selangor hingga ke Selatan Selangor merentasi Sabak Bernam, Shah Alam/Klang dan Sepang sehingga ke Labu, Negeri Sembilan dan akan menambah baik ekosistem rel di Selangor.

-Berita Harian

Tags: Jajaran Rel Selangor
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd