• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Kes Tembak Cari Khidmat Bot Dari Pulau Ketam Ke Thailand – Penduduk

oleh Mohd Arshad
18/02/2025
dalam Jenayah
0
Suspek Kes Tembak Cari Khidmat Bot Dari Pulau Ketam Ke Thailand – Penduduk
Share on FacebookShare on Twitter

PULAU KETAM – Seorang penduduk di sini mendakwa didatangi lelaki yang mahu mencari khidmat bot untuk ke Thailand.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tanpa mengetahui lelaki itu merupakan suspek yang diburu membabitkan kes tembak di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Shah Alam, 8 Februari lalu, penduduk yang enggan dikenali berkata, suspek datang kepadanya pada petang Isnin.

“Saya bertanya semula kenapa tidak naik kapal terbang, dia beritahu pasport kena ‘blacklist’ (senarai hitam).

“Saya diberitahu dia datang sini (Pulau Ketam) naik feri dari jeti,” katanya ketika ditemui di sini pada Selasa.

Sementara itu, pekerja hotel yang mahu dikenali sebagai Mr Cha, 30-an berkata, suspek mendaftar masuk ke hotelnya kira-kira jam 5.15 petang pada Isnin untuk penginapan selama tiga hari.

Katanya, lelaki itu datang seperti pengunjung biasa sahaja.

“Dia (suspek) pakai topi, selipar macam biasa sahaja. Saya nampak dia pegang satu beg plastik.

“Sangat terkejut bila berlaku kejadian tembakan di bilik hotel. Pertama kali berlaku kes macam ini, sebab kita pun tidak tahu dia ‘wanted’,” katanya yang mendakwa suspek menginap di bilik tingkat bawah.

Jelasnya, waktu kejadian dia mendengar beberapa das tembakan sebelum polis mengarahkan penghuni bilik dan pekerja hotel keluar selepas insiden itu sebagai langkah keselamatan.

Sebelum itu, dalam sidang akhbar di Jeti Pulau Ketam, Pelabuhan Klang pada Selasa, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan suspek ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan polis di sebuah bilik hotel di Pulau Ketam, kira-kira jam 3 pagi.

Dalam kejadian itu, suspek berusia lingkungan pertengahan 30-an itu disahkan terbabit dalam kes tembak di pusat beli-belah di Setia Alam, Shah Alam.

Suspek memiliki 15 rekod jenayah dan dadah selain dikehendaki atas pelbagai kesalahan termasuk pengedaran dadah.

SinarHarian-

Tags: Kes Tembak Setia Alamkhidmat botThailand
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd