• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Pemilihan PAS Kali Ini Mengguris Hati Ramai Pihak” – Suhaizan

oleh Ahmad Albab
07/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Pemilihan PAS kali ini mengguris hati dan perasaan banyak pihak,” kata bekas Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat.

Beliau bagaimanapun meminta ahli PAS di peringkat akar umbi supaya terus mengukuhkan setiakawan dan ukhuwwah sesama mereka.

“Pemilihan PAS kali ini walau mengguris hati dan perasaan banyak pihak namun saya yakin ia mampu diatasi dengan jiwa besar untuk terus maju ke hadapan.

“Masih terdapat banyak ruang untuk terus menyumbang khidmat bakti untuk Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media kelmarin melaporkan, golongan pro-ulama yang diketuai Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyapu bersih jawatan utama dalam pemilihan pucuk pimpinan baru PAS, di samping menguasai sepenuhnya teraju Dewan Pemuda dan Muslimat parti itu.

Abdul Hadi juga berjaya mengetepikan pencabarnya Ahmad Awang untuk mengekalkan jawatan presiden PAS, dengan memperolehi kira-kira 80 peratus daripada 1,160 undi.

Timbalan barunya adalah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memperoleh 76 peratus undi, untuk menewaskan penyandang dua penggal jawatan itu, Mohamad Sabu.

Manakala tiga penyandang jawatan naib presiden Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar tersingkir.

Bagi 18 jawatan jawatankuasa pusat pula, hanya seorang calon pilihan Abdul Hadi yang gagal, iaitu Kamaruzaman Mohamad.

Suhaizan pula tewas kepada Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam usahanya mengekalkan jawatan Ketua Pemuda PAS.

Justeru, Suhaizan menasihati pucuk pimpinan baharu PAS supaya tidak menguruskan parti berdasarkan emosi semata-mata.

Menurutnya, hal tersebut bboleh memberi kesan buruk kepada survival PAS dalam kancah politik untuk jangka masa panjang.

“Mungkin hari ini kita berseronok dengan kejayaan emosi kita, namun kita bakal mematikan usaha PAS untuk mengorak langkah ke hadapan,” katanya.

Beliau turut meningatkan pimpinan baharu PAS bahawa setiap tindakan atas nama parti mesti berasas ilmu, bukan sekadar hukum sahaja.

“Tetapi juga berkait ilmu hal ehwal semasa yang lain. Jangan kita menjadi menang sorak kampung tergadai,” katanya. – Mynewshub.cc

Tags: Suhaizan Kayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Permain Hukum Agama – Suhaizan

Jangan Permain Hukum Agama – Suhaizan

03/09/2023
0

JOHOR BAHRU: “Saya tiada masalah, tetapi dia (Tan Sri Muhyiddin Yassin) seolah-olah mempermainkan hukum agama.” Demikian komen calon Pakatan Harapan...

Pesta Arak: Jangan Eksploit Keputusan Kerajaan Negeri

18/10/2018
0

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini menyelar tindakan sesetengah pihak yang cuba memanipulasi kenyataan Menteri Besar Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd