• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khidmat Kaunseling Disedia Buat Mangsa Gempa Bumi Di Sabah

oleh Ahmad Albab
09/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menghantar kaunselor untuk memberi khidmat kaunseling kepada mereka yang terjejas akibat gempa bumi yang melanda Ranau serta daerah lain di Sabah pada Jumaat lepas.

Menteri berkenaan Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata perkhidmatan kaunseling berkenaan disediakan di pusat pemindahan sementara yang dibuka di Kem Bina Negara Kundasang.

Katanya selain penduduk tempatan, khidmat kaunseling juga ditawarkan kepada para pendaki serta anggota keluarga yang mungkin trauma dengan bencana alam itu.

“Memandangkan pendaki ini terdiri daripada rakyat pelbagai negara, maka kita menyediakan kaunselor yang sememangnya mahir bertutur dalam bahasa Inggeris,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ‘Jom Jalan-jalan Bersama Hydrocephalus, Apert Syndrome & Craniosysnostosis’ di sini hari ini.

Rohani berkata pusat pemindahan sementara tersebut dibuka sejak 5 Jun lalu dan sehingga kini 115 orang terdiri daripada anggota keluarga pendaki berada di pusat tersebut untuk mengetahui perkembangan semasa.

“Selain perkhidmatan kaunseling, pusat ini menyediakan pelbagai kemudahan kepada penghuni termasuk makanan,” katanya.

Tiga belas individu disahkan terkorban setakat ini dalam gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang berlaku di Ranau pada 7.15 pagi Jumaat. – BERNAMA

Tags: gempa bumiRohani Abdul Karim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Gempa Bumi Kuat Gegar Venezuela Dalam Tempoh 39 Saat, Darurat Diisytihar

Dua Gempa Bumi Kuat Gegar Venezuela Dalam Tempoh 39 Saat, Darurat Diisytihar

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  CARACAS – Venezuela dilanda dua gempa bumi kuat masing-masing bermagnitud 7.2 dan 7.5 dalam tempoh hanya 39 saat,...

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KOTA KINABALU - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.57 pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd