• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gempa Sabah: Mayat Warga S’pura Telah Dikenal Pasti Waris

oleh AK-47
09/06/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMENTERIAN Pendidikan (MOE) Singapura hari ini mengumumkan mayat yang ditemui pihak berkuasa Malaysia telah dikenal pasti waris masing-masing sebagai lima pelajar dan seorang guru dari Sekolah Rendah Tanjong Katong.

Mereka ialah Ameer Ryyan Mohd Adeed Sanjay, Emilie Giovanna Ramu, Loo Jia Liang Terrence Sebastian (guru), Matahom Karyl Mitzi Higuit, Rachel Ho Yann Shiuan dan Sonia Jhala.

Mayat jurupandu warganegara Singapura, Muhammad Daanish Amran yang mengiringi pelajar berkenaan juga telah dikenal pasti.

Pada Sabtu, mayat pelajar Wee Ying Ping Peony telah dikenal pasti. Hingga kini, lapan mayat rakyat Singapura telah dikenal pasti waris masing-masing.

Laporan sebelum ini menyebut bahawa sekumpulan pelajar dari Sekolah Rendah Tanjong Katong berada di Gunung Kinabalu ketika gempa bumi itu berlaku pada Jumaat.

MOE berkata operasi sedang diteruskan untuk mengesan seorang lagi pelajar iaitu Navdeep Singh Jaryal S/O Raj Kumar dan seorng guru Mohammad Ghazi Mohamed.
Kata kementerian itu, para pegawai MOE dan kementerian lain kini berada di Kota Kinabalu untuk memberi bantuan serta sokongan kepada keluarga terbabit dalam menghadapi detik-detik memilukan ini.

Persiapan sedang dibuat untuk membawa pulang anggota keluarga dan mayat
mangsa ke Singapura secepat mungkin. - BERNAMA

Operasi menyelamat pendaki Gempa bumi Sabah

Tags: Gempa SabahGunung Kinabalu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Aliran Deras Di Puncak Gunung Kinabalu: 155 Pendaki Selamat

Aliran Deras Di Puncak Gunung Kinabalu: 155 Pendaki Selamat

10/07/2025
0

Ranau: Seramai 155 pendaki yang berada di kawasan Check Point Sayat-Sayat, Gunung Kinabalu, berjaya melepasi kawasan aliran air deras susulan...

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

11/07/2024
0

RANAU: Seorang pelancong warga Singapura parah selepas tergelincir di kilometer 8.3, Summit Trail, ketika menuruni puncak Gunung Kinabalu, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd