• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemindahan Paksa Rakyat Palestin Adalah Penghapusan Etnik, Tidak Boleh Diterima

oleh Mohd Arshad
11/02/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pemindahan Paksa Rakyat Palestin Adalah Penghapusan Etnik, Tidak Boleh Diterima
Share on FacebookShare on Twitter

TEHRAN – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan bahawa pemindahan paksa penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza merupakan sebahagian jenayah penghapusan etnik yang tidak boleh diterima sama sekali.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau menyuarakan pendirian itu ketika dihubungi rakan sejawatnya dari Iran, Seyyed Abbas Araghchi pada Isnin.

Menurut laporan Agensi Berita IRNA, perbincangan itu diadakan sebagai sebahagian daripada rundingan Iran dengan negara-negara lain serta pertubuhan antarabangsa mengenai perkembangan di Gaza, khususnya berhubung ancaman pemindahan etnik rakyat Palestin.

Araghchi memuji keteguhan pendirian Malaysia dalam mempertahankan hak rakyat Palestin, terutamanya ketika menghadapi ‘perang genosid’ selama 16 bulan oleh rejim Zionis.

Beliau turut mengecam rancangan pemindahan paksa penduduk Gaza yang disifatkan sebagai sebahagian daripada projek kolonial untuk menghapuskan Palestin, serta menyeru negara-negara Islam yang berpengaruh untuk mengambil pendirian tegas dan bersatu dalam menentang tindakan ini.

Dalam perbincangan itu, Araghchi turut memaklumkan kepada Mohamad Hasan mengenai rundingannya dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta beberapa negara Islam dan Arab bagi membincangkan usaha mengadakan mesyuarat tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Beliau menyeru Malaysia untuk menyokong inisiatif ini.

“Hassan turut mengalu-alukan cadangan Iran untuk mengadakan mesyuarat tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam dan menyatakan komitment Malaysia terhadap mesyuarat ini”, kata Araghchi.

Dalam pada itu, Araghchi turut menyatakan kepuasannya terhadap perkembangan hubungan antara Tehran dan Kuala Lumpur.

Beliau menyifatkan lawatan rasmi Mohamad Hasan ke Iran yang akan datang sebagai peluang penting untuk memperkukuh kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang berkepentingan bersama.

Bernama-

Tags: Datuk Seri Mohammad Hassanpemindahan paksa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lebih 10,000 Sekolah, Universiti Awam Terbabit Kempen Keselamatan Dalam Talian

Next Post

PM Lulus Bantuan RM200 Untuk 300 Pelajar Di Kuantan

Related Posts

No Content Available
Next Post
PM Lulus Bantuan RM200 Untuk 300 Pelajar Di Kuantan

PM Lulus Bantuan RM200 Untuk 300 Pelajar Di Kuantan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd