• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Saya Minta Dia Simpan Pistol Supaya Anak Tidak Takut’

oleh Mohd Arshad
10/02/2025
dalam Jenayah, Terkini
0
‘Saya Minta Dia Simpan Pistol Supaya Anak Tidak Takut’
Share on FacebookShare on Twitter

Shah Alam : “Kami sekeluarga berdepan detik mencemaskan selama 45 minit di dalam kereta bersama lelaki itu yang mengacu pistol dan mengarah saya beredar dari pusat beli-belah di Setia Alam pada hari kejadian,” kata pemandu Perodua Ativa berusia 30-an yang enggan dikenali.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Malah, dirinya dan keluarga terkejut apabila didatangi suspek ketika berada di parkir kereta, lalu lelaki itu terus mengacukan pistol.

Menurutnya, sebelum kejadian, dia bersama isteri dan empat anak sedang makan di restoran pusat beli-belah terbabit sebelum keadaan tiba-tiba bertukar kecoh.

“Pengawal keselamatan mengarahkan kami semua segera keluar. Waktu itu, tidak tahu apa kejadian sebenar berlaku.

“Saya segera membawa ahli keluarga keluar dan ketika hendak ke tempat parkir, terdengar bunyi letupan. Awalnya, saya ingat bunyi bonggol dilanggar yang seolah-olah berbunyi seperti letupan.

“Saya anggap itu bunyi biasa sahaja dan tak sangka rupanya bunyi letupan daripada tembakan pistol,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, pada masa itu, nampak banyak kereta bergerak laju.

“Semasa kami sekeluarga hendak masuk ke dalam kereta, secara tiba-tiba seorang lelaki berada di sebelah dan mengacukan pistol.

“Saya tercengang. Suspek turut melepaskan tembakan ke arah dinding untuk menunjukkan bahawa itu pistol betul,” katanya.

Katanya, mereka diarah masuk ke dalam kereta dan lelaki itu duduk betul-betul di tempat duduk belakang.

“Saya minta dia simpan pistol supaya anak-anak tidak takut.

“Lelaki itu kemudian mengarah saya ke laluan keluar sebelum turun di tepi lebuh raya.

“Dia (suspek) berada dalam kereta kira-kira 45 minit dan sebelum menghilangkan diri, dia mengambil kad memori pada ‘dashcam’ kereta,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan polis mengenal pasti suspek kes tembakan di pusat beli-belah di Setia Alam, malam tadi sebagai lelaki tempatan yang mempunyai 11 rekod kesalahan lampau berkait jenayah dan dadah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, dilaporkan berkata suspek juga berkulit cerah dan berusia lingkungan 30-an.

“Dia dikenal pasti hasil risikan polis dan penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Kita sedang giat memburunya,” katanya.

-Harian Metro

Tags: kes tembakPistol
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

Next Post

Lebih 10,000 Sekolah, Universiti Awam Terbabit Kempen Keselamatan Dalam Talian

Related Posts

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

18/03/2025
0

Kepala Batas: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran ganja di utara Semenanjung selepas merampas...

TERKINI: Empat Lagi Ditahan Berkait Kes Tembak Di Simpang Renggam

TERKINI: Empat Lagi Ditahan Berkait Kes Tembak Di Simpang Renggam

21/02/2025
0

JOHOR BAHRU: Polis menahan menahan empat lagi suspek warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes tembakan di Machap, di Simpang...

Next Post
Lebih 10,000 Sekolah, Universiti Awam Terbabit Kempen Keselamatan Dalam Talian

Lebih 10,000 Sekolah, Universiti Awam Terbabit Kempen Keselamatan Dalam Talian

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd