• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

oleh AK-47
10/02/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH : Gangguan bekalan air yang menjejaskan 50,000 akaun pengguna beberapa kawasan di dua daerah iaitu Batang Padang serta Hilir Perak sejak 6 Februari lalu dijangka pulih berperingkat- peringkat bermula esok.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, 50 peratus pengguna dijangka bebas dari gangguan itu esok manakala 50 peratus selebihnya dijangka memakan tempoh sehingga tiga hari.

Katanya, ketika ini, 23 lori tanker digerakkan atas usaha sama Lembaga Air Perak (LAP) dengan bantuan operator air beberapa negeri melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) ke kawasan gangguan bagi mengagihkan air kepada penduduk terjejas dengan usaha itu bermula sejak 8 Februari lalu.

“Kalau kerja-kerja yang dilakukan hari ini dapat siap, maka 50 peratus dari akaun pengguna terjejas akan pulih pagi esok.

“Selebihnya bergantung pada kerja-kerja tambahan selanjutnya yang dilakukan selepas itu iaitu sehingga dua atau tiga hari lagi,” katanya dalam sidang media di pejabatnya, di sini hari ini.

Hadir sama Pengurus Besar LAP, Ir Lokman Abd Rahim dan Pengarah Negeri Wilayah Utara Cawangan Perak SPAN, Mohd Zaidi Mohamad Saad.

Dalam pada itu, Mohammad Nizar berkata gangguan bekalan air itu berpunca daripada kebocoran pada paip bawah tanah milik LAP yang mengalirkan air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Temoh bersebelahan Taman Bunga Raya, Tapah.

Menurutnya, kebocoran itu disebabkan pergerakan tanah yang ditambak melebihi 10 meter di atas paip air mentah LAP dengan kesan pergerakan tanah itu turut menyebabkan lebih tiga rumah di Taman Bunga Raya yang berdekatan mengalami keretakan serius dan berisiko untuk diduduki.

Katanya, terdapat dua saluran paip yang membekalkan air mentah ke LRA Bukit Temoh yang melalui kawasan itu iaitu paip bersaiz 825mm dari Intake 7, Sg Woh dan paip bersaiz 900mm dari Intake Batu 10 Sg Batang Padang.

Sementara itu, Lokman berkata pihaknya mengesan berlaku pencerobohan di kawasan itu apabila kawasan pergerakan tanah yang berlaku itu di kawasan rizab LAP ditambak secara tidak sah dipercayai oleh pemaju kawasan perumahan itu.

“Tanah ditimbus lebih 10 meter di atas paip air mentah berkenaan yang mana ia disyaki membabitkan isu pencerobohan oleh pemaju. Sebab, pemaju sudah tambak tanah itu lebih daripada 10 meter sedangkan biasanya paip ditanam hanya sekitar 1.5 meter.

“Kita tak pasti bila pemaju ini menambak tanah di situ walaupun status tanah itu sebenarnya rizab kepunyaan LAP,” katanya.

Menurutnya, susulan itu, LAP pada Jumaat lalu mengambil langkah untuk menutup paip air mentah yang bocor iaitu paip bersaiz 825mm dari Intake Batu 7 Sg Woh bagi mengurangkan kesan pergererakan tanah di kawasan terbabit.

Akibat perkara itu, operasi LRA Bukit Temoh hanya dapat beroperasi 50 peratus dari kapasiti biasa.

Beliau berkata, ketika ini usaha dilakukan LAP bagi menjalankan kerja-kerja ‘bypass’ (pintasan) aliran paip sepanjang 500 meter untuk menyambungkan paip 825mm dan 900mm tanpa melalui aliran paip yang ditanam 10 meter bawah tanah itu.

-Berita Harian

Tags: Gangguan Bekalan Air
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Erdogan Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari

Next Post

‘Saya Minta Dia Simpan Pistol Supaya Anak Tidak Takut’

Related Posts

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

13/12/2024
0

GEORGE TOWN - Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air...

Kuala Lumpur Alami Gangguan Bekalan Air

Kuala Lumpur Alami Gangguan Bekalan Air

21/06/2024
0

SHAH ALAM - Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Nanas dihenti tugas berikutan insiden peningkatan warna dalam air terawat pada Jumaat....

Next Post
‘Saya Minta Dia Simpan Pistol Supaya Anak Tidak Takut’

'Saya Minta Dia Simpan Pistol Supaya Anak Tidak Takut'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd