• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Lelaki Warga Taiwan Didakwa Perdagang Senjata Api, Miliki Peluru

oleh AK-47
10/02/2025
dalam Jenayah, Terkini
0
Dua Lelaki Warga Taiwan Didakwa Perdagang Senjata Api, Miliki Peluru
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Dua lelaki warga Taiwan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tiga pertuduhan memperdagangkan senjata api serta memiliki 900 butir peluru, bulan lepas.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mengikut pertuduhan pertama, Cheng Ming Hung, 26, dan Hsueh Chun Ta, 33, didakwa bersama-sama memperdagangkan senjata api iaitu 14 pucuk pistol dan satu laras sub machinegun tanpa kebenaran sah di sebuah rumah di Desa ParkCity, Sentul di sini pada 5.30 petang, 16 Januari lalu.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 7 (2) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 30 hingga 40 tahun dan boleh dikenakan enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Cheng dan Hsueh didakwa memiliki sepucuk pistol tiruan jenama ‘five-seven MK2P’ bersama dua kelopak peluru kosong tanpa sebab yang sah, dalam almari di rumah sama pada masa dan tarikh serupa.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 36 (1) Akta Senjata Berbahaya 1960 dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ketiga, mereka didakwa memiliki 14 pucuk pistol, satu laras sub machinegun dan 900 butir peluru tanpa kebenaran sah pada masa, lokasi dan tarikh sama.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1971 dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih 14 tahun dan enam sebatan.

Hakim Siti Shakirah Mohtarudin tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin dengan alasan pertuduhan itu tidak boleh dijamin dan menetapkan 12 Mac depan untuk sebutan kes.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latip manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

-Harian Metro

Tags: senjata apiWarga Taiwan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penyusunan Semula PETRONAS Demi Kelangsungan, Bukan Krisis Kewangan

Next Post

Erdogan Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari

Related Posts

TERKINI: Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Mahu Rampas Senjata Api – KPN

TERKINI: Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Mahu Rampas Senjata Api – KPN

17/05/2024
0

JOHOR BAHRU : Suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram, di sini awal pagi tadi membuat persediaan dengan memakai pelindung...

Warga Israel Ditahan Dengan 6 Senjata Api, Polis Pertingkat Keselamatan Agong, PM

Warga Israel Ditahan Dengan 6 Senjata Api, Polis Pertingkat Keselamatan Agong, PM

30/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki warga Israel bersama enam pucuk senjata api serta 200 butir peluru...

Next Post
Erdogan Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari

Erdogan Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd