• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dividen KWSP Dijangka Lebih 5.8 Peratus

oleh Mohd Arshad
09/02/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Dividen KWSP Dijangka Lebih 5.8 Peratus
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pencarum Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dijangka menerima lebih 5.8 peratus dividen bagi simpanan konvensional tahun lalu, menjadikannya kadar tertinggi dalam tempoh tiga tahun.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Memetik laporan FMT, sumber memberitahu ia meningkat sedikit berbanding 5.5 peratus yang diumumkan pada 2023 lalu.

Menurutnya lagi, kadar bagi simpanan syariah pula diramalkan antara 5.4 peratus hingga 5.6 peratus.

“Angka tersebut adalah ‘anggaran selamat’ dan jumlah akhir dijangka diumumkan oleh KWSP pada awal Mac ini.

“Kadar berkenaan boleh menjadi yang tertinggi sejak tiga tahun lalu. Purata untuk 10 tahun lepas adalah enam peratus. Apapun, ia pasti jauh lebih tinggi berbanding tahun lalu,” katanya pada Ahad.

Baru-baru ini, beberapa ahli ekonomi berpandangan, terdapat kemungkinan dividen tahun lalu melepasi enam peratus berdasarkan prestasi kukuh pada suku ketiga 2024.

Bagi sembilan bulan pertama tahun lalu, KWSP turut mencatatkan pendapatan RM57.57 bilion iaitu meningkat 20 peratus daripada RM47.86 bilion dalam tempoh sama pada 2023.

Bagaimanapun, sumber tersebut memaklumkan, pencarum tidak boleh mengharapkan dividen terlalu tinggi memandangkan KWSP antara segelintir dana pencen di dunia yang memberikan dividen berdasarkan pulangan direalisasikan dan sebenarnya ditunaikan selepas pelaburan dijual.

“Ia adalah untung dan rugi diperoleh selepas jualan dan pelaburan berbanding pulangan tidak direalisasikan. Untung atau rugi pelaburan masih dipegang, ini dikategorikan sebagai jumlah pulangan.

“KWSP tidak mengasaskan dividen pada jumlah pulangan termasuk keuntungan atas kertas yang kemudiannya ditentukan prestasi pelaburan.

”Tabung Simpanan Pekerja Singapura menggunakan pendekatan keuntungan direalisasikan dan purata dividen bagi 10 tahun lalu adalah empat peratus,” ujarnya lagi.

Difahamkan, KWSP mempunyai sekitar 16 juta ahli dengan lebih 8.5 juta aktif mencarum.

Jumlah keseluruhan agihan akaun konvensional pada 2023 adalah RM50.33 bilion dan RM7.48 bilion bagi simpanan syariah.

SinarHarian-

Tags: Dividen KWSP
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tak Baca Khutbah Disediakan JAIPk, 4 Imam Digantung Tugas

Next Post

Suspek Penembak Dikenal Pasti, Polis Siasat Motif Serangan Terhadap Tukang Cuci

Related Posts

No Content Available
Next Post
Suspek Penembak Dikenal Pasti, Polis Siasat Motif Serangan Terhadap Tukang Cuci

Suspek Penembak Dikenal Pasti, Polis Siasat Motif Serangan Terhadap Tukang Cuci

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd