• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

200 Kanak-kanak GISBH Ikuti Sesi Persekolahan Akan Datang

oleh Mohd Arshad
08/02/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
200 Kanak-kanak GISBH Ikuti Sesi Persekolahan Akan Datang
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sebanyak 200 kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal dikaitkan dengan GISBH Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Selangor, akan mengikuti pendidikan di sekolah kebangsaan buat kali pertama pada sesi persekolahan bermula 17 Februari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri, Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata, proses pendaftaran akan dibuat ibu bapa atau penjaga dengan bon jaminan dan dipantau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) secara berkala setiap bulan, bagi memastikan kesemua syarat yang ditetapkan dipatuhi.

“Mereka ini boleh dikatakan bersedia untuk bersekolah selepas Kementerian Pendidikan membuat penilaian meliputi tahap pembelajaran diikuti penilaian akidah oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan juga Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan barangan persekolahan kepada 200 anak-anak GISBH, yang turut dihadiri Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di sini pada Sabtu.

Selain kit barangan persekolahan termasuk uniform sekolah rendah dan menengah, kanak-kanak berkenaan juga menerima bantuan kewangan RM400 setiap penerima menerusi inisiatif wang saku oleh pihak MAIS dan JAIS.

Mohammad Fahmi berkata, bagi langkah berikutnya, kerajaan negeri akan membantu kira-kira 1,000 lagi kanak-kanak GISBH yang telah berdaftar dengan MAIS, untuk memasuki sistem persekolahan dalam menjamin masa depan lebih baik kepada mereka.
Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata kesemua kanak-kanak termasuk ibu bapa dan penjaga akan terus dipantau selama dua tahun, meskipun program rehabilitasi ahli GISBH dikendalikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah tamat pada Selasa lepas.

Beliau berkata pihaknya sentiasa berhubung dengan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), MKN, JKM dan JAIS termasuk kerajaan negeri untuk memastikan kesemua bekas ahli GISBH menjalani dan mematuhi proses pemulihan akidah seperti dijadualkan.

“Dalam hal ini, kami amat berharap masyarakat dapat menerima mana-mana bekas ahli GISBH yang menjalani proses pemulihan terutamanya kanak-kanak agar mereka dapat menjalani kehidupan bersama masyarakat dengan lebih selesa,” katanya.

Bernama-

Tags: Kanak-kanak GISBHSesi Persekolahan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bomoh Cabul Budak Disambung Reman 6 Hari

Next Post

Pelajar UniMAP Maut Dilanggar Di Arau

Related Posts

Sultan Selangor Titah Segerakan Pembentukan Jawatankuasa Berhubung Pemulihan Kanak-kanak GISBH

Sultan Selangor Titah Segerakan Pembentukan Jawatankuasa Berhubung Pemulihan Kanak-kanak GISBH

09/10/2024
0

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya segera diwujudkan jawatankuasa berhubung pemulihan kanak-kanak diselamatkan dari GISB Holdings...

Himpunan Lima Planet Serentak Di Angkasa Malam Ini

KPM Setuju Kembalikan Sesi Persekolahan Kepada Januari

28/03/2023
1

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan (KPM) bersetuju mengembalikan semula pembukaan sesi persekolahan kepada Januari, namun pelaksanaanya bukan dalam masa terdekat...

Next Post
Pelajar UniMAP Maut Dilanggar Di Arau

Pelajar UniMAP Maut Dilanggar Di Arau

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd