• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hukuman Penjara Lelaki Bunuh Anak Kekasih Kekal

oleh Mohd Arshad
06/02/2025
dalam Jenayah, Terkini
0
Hukuman Penjara Lelaki Bunuh Anak Kekasih Kekal
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya : Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 35 tahun dan 12 sebatan terhadap seorang bekas kontraktor kerana membunuh anak lelaki kekasihnya yang berusia enam tahun di Kangar, Perlis pada 2018.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, disertai hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Nordin Hassan, turut menolak rayuan Noraizuwan Hamali terhadap sabitan membunuh dan hukuman penjara.

Menyampaikan keputusan mahkamah, hakim Abang Iskandar berkata ia tidak dipertikaikan bahawa kes pendakwaan terhadap Noraizuwan adalah berdasarkan bukti yang mencukupi mengikut keadaan.

Beliau bagaimanapun berkata mahkamah mendapati Noraizuwan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Noraizuwan, 32, pada mulanya disabitkan dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada 2022 kerana membunuh Muhammad Rayyan Hidayat Hairil Khan, anak teman wanitanya ketika itu, di sebuah rumah di Kampung Jejawi, Kangar, antara 3.45 petang pada 18 April dan 12.10 tengah malam pada 19 April 2018.

Pada April tahun lepas, Mahkamah Rayuan mengesahkan sabitannya tetapi menggantikan hukuman mati kepada penjara selama 35 tahun dan 12 sebatan mulai tarikh tangkapan pada 19 April 2018.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan tidak merayu terhadap keputusan tersebut.

Dalam prosiding di Mahkamah Persekutuan hari ini, peguam bela tertuduh Burhanudeen Abdul Wahid berhujah terdapat jurang masa selama 28 minit ketika si mati ditinggalkan sendirian di dalam rumah sementara tertuduh keluar mengambil ibu kanak-kanak tersebut dari tempat kerja.

Beliau mendakwa tempoh itu berkemungkinan memberi ruang kepada individu lain untuk melakukan jenayah berkenaan.

Beliau turut meminta mahkamah membatalkan sabitan kesalahan membunuh ke atas anak guamnya dengan alasan tiada bukti kukuh yang menunjukkan tertuduh menyebabkan kecederaan yang membawa kepada kematian kanak-kanak tersebut.

– LAGI

MAHKAMAH-BUNUH 3 (AKHIR) PUTRAJAYA

Sebagai alternatif, beliau mencadangkan agar Noraizuwan disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan pengabaian kanak-kanak.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Roshan Karthi Kayan, yang dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Zander Lim Wai Keong, berhujah Mahkamah Tinggi sebelum ini telah menolak pembelaan Noraizuwan yang mendakwa kecederaan maut ke atas mangsa berpunca daripada jatuh di taman permainan dan bilik mandi, kerana dakwaan tersebut tidak disokong oleh bukti.

Dia juga berhujah tiada sesiapa lagi berada di dalam rumah antara pukul 3.45 petang hingga 11.50 malam pada hari kejadian, selain Noraizuwan dan si mati.

Beliau turut berkata ibu si mati telah mengesahkan bahawa hanya terdapat satu kunci rumah yang dipegang Noraizuwan.

-Harian Metro

Tags: Hukuman Penjarakes bunuh
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

11/02/2026
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan, di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 33 tahun terhadap wanita dan adik lelakinya yang disabitkan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd