• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kilang Peluru Pertama Malaysia Bangunkan Ekonomi, Wujudkan Peluang Pekerjaan

oleh Mohd Arshad
06/02/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kilang Peluru Pertama Malaysia Bangunkan Ekonomi, Wujudkan Peluang Pekerjaan
Share on FacebookShare on Twitter

LIPIS – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis bertitah kilang peluru automasi tinggi pertama negara di sini, yang akan beroperasi sepenuhnya pada bulan depan dapat membangunkan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Al-Sultan Abdullah bertitah, kilang yang diusahakan Ketech Asia Sdn Bhd (Ketech Asia) dan mampu mengeluarkan 60 juta butir peluru setahun bagi setiap kaliber itu, juga mampu menaikkan nama negara khususnya Pahang di peringkat antarabangsa.

“Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada pengusaha kilang dan ingin mengingatkan pihak syarikat harus beri kemudahan sebaik mungkin kepada pekerja dan untuk pekerja berkhidmatlah sebaik mungkin.

“Bahan (peluru) daripada sini juga dapat dijual di negara asing, secara tidak langsung meningkatkan nama negara khususnya Pahang dan Lipis di peringkat antarabangsa,” titah baginda semasa menyempurnakan majlis perasmian kilang berkenaan di sini.

Turut hadir,Menteri Dalam Negeri. Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Pahang merangkap Exco Kanan, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak.

Terdahulu Al-Sultan Abdullah berkenan meluangkan masa kira-kira setengah jam melawat kilang berkeluasan 40.4 hektar (100 ekar )itu dan mendengar sembah taklimat oleh pihak pengurusan kilang berkenaan.

Sultan Pahang turut mengalu-alukan mana-mana syarikat yang boleh mendatangkan pelbagai manfaat melabur di negeri ini.

Sementara itu, Pengurus Besar Operasi Ketech Asia, A M Maharis Abdul Wahab memaklumkan kilang yang mengeluarkan peluru variasi 9 milimeter (mm) dan 5.56mm itu, dijangka akan memulakan produksi pengeluaran untuk pasaran tempatan pada pertengahan tahun ini.

Setakat ini, beliau berkata, negara seperti Brunei, Singapura, Kemboja dan beberapa negara Timur Tengah telah menunjukkan minat untuk mendapatkan bekalan peluru daripada syarikat berkenaan.

“Penubuhan syarikat ini juga telah membuka peluang pekerjaan kepada lebih 100 penduduk tempatan dan dijangka menambah lebih 100 lagi tenaga kerja selepas kilang ini beroperasi secara 24 jam pada tahun depan,” katanya. 

-Bernama

Tags: Kilang Peluru
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Next Post

Kes Tembak Di Tanjung Rhu: Polis Sahkan Seorang Lagi Maut

Related Posts

No Content Available
Next Post
Kes Tembak Di Tanjung Rhu: Polis Sahkan Seorang Lagi Maut

Kes Tembak Di Tanjung Rhu: Polis Sahkan Seorang Lagi Maut

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd