• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

oleh Mohd Arshad
26/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel
Share on FacebookShare on Twitter

ISTANBUL – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengesahkan pada Sabtu bahawa “banyak perkara yang telah ditempah dan dibayar oleh Israel, tetapi tidak dihantar oleh Joe Biden kini dalam perjalanan,” lapor Agensi Anadolu (AA).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ini termasuk penghantaran 1,800 bom MK-84 yang telah tertangguh selama beberapa bulan.

Kenyataan Trump di platform Truth Social itu dibuat susulan keputusan Pentagon untuk menarik balik sekatan terhadap penghantaran ‘bom’, yang dikenakan pada Mei lepas oleh pentadbiran Biden.

Axios melaporkan bahawa sekatan itu ditarik balik selepas pegawai Israel dimaklumkan oleh Pentagon pada Jumaat.

Bom seberat 907.2 kilogram (kg) itu yang sebelum ini disimpan di AS dijangka dihantar dalam beberapa hari akan datang.

Sekatan yang dikenakan Biden sebelum ini bertujuan membantah tindakan ketenteraan Israel di bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza, sehingga mencetuskan satu daripada krisis paling signifikan dalam hubungan AS-Israel semasa serangan Israel ke atas wilayah itu.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah menggunakan kelewatan itu sebagai alat politik dengan mengumpulkan sokongan daripada penggubal undang-undang Republikan Amerika yang mengkritik pendirian Biden, walaupun sekatan itu dilakukan berikutan kebimbangan terhadap potensi korban awam di Gaza.

Bernama-

Tags: BomIsraelTrump
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

4 Anggota Tentera Israel Maut Dalam Pertempuran Sengit Di Selatan Lubnan

4 Anggota Tentera Israel Maut Dalam Pertempuran Sengit Di Selatan Lubnan

01/04/2026
0

BEIRUT – Empat anggota tentera Israel dilaporkan terbunuh dalam pertempuran sengit dengan pejuang Hezbollah di selatan Lubnan, dalam insiden yang...

Israel Lulus Undang-Undang Hukuman Mati Ke Atas Rakyat Palestin

Israel Lulus Undang-Undang Hukuman Mati Ke Atas Rakyat Palestin

31/03/2026
0

TEL AVIV – Parlimen Israel meluluskan satu rang undang-undang kontroversi yang membuka laluan kepada hukuman mati terhadap individu disabitkan kesalahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd