• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hamas-Israel Setuju Gencatan Senjata

oleh Mohd Arshad
16/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Hamas-Israel Setuju Gencatan Senjata
Share on FacebookShare on Twitter

DOHA – Perunding proses damai akhirnya mencapai kesepakatan pada Rabu untuk melaksanakan gencatan senjata di Genting Gaza selepas lebih 15 bulan wilayah tersebut dihujani bom dan meragut lebih 46,000 nyawa.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kandungan perjanjian tersebut yang belum diumumkan secara rasmi menggariskan fasa gencatan senjata awal termasuk pengunduran secara berperingkat pasukan tentera Israel dari Gaza dan pertukaran tahanan.

Berdasarkan draf akhir yang dijangka diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat, Hamas bersetuju membebaskan 33 tawanan dengan pertukaran ratusan tahanan Palestin yang ditempatkan di penjara Israel.

Proses damai itu mencapai kata putus selepas beberapa pusingan sebelum ini yang dikendalikan Mesir dan Qatar bersama Amerika Syarikat (AS) selaku perantara menemui jalan buntu.

Sementara itu, Hamas mengesahkan delegasi mereka memberi lampu hijau untuk pelaksanaan tempoh bertenang tersebut selain pertukaran perjanjian tahanan Palestin.

“Hamas telah memberi persetujuan secara lisan ketika rundingan terbaharu itu dan sedang menunggu maklumat lanjut untuk memberikan kelulusan bertulis terakhir,” kata seorang pegawai Palestin.

Susulan perkembangan positif itu, Menteri Luar Israel, Gideon Saar turut memendekkan lawatan ke Eropah dan kembali semula ke Tel Aviv untuk menyertai proses undian Kabinet keselamatan bagi meluluskan perjanjian gencatan senjata berkenaan yang dijadualkan pada Khamis.

Negara perantara berusaha untuk mencapai persetujuan sebelum penggal pentadbiran Presiden Joe Biden berakhir setelah penggantinya, Donald Trump memberi amaran tentang akibat dahsyat bakal diterima jika baki tawanan di Gaza tidak dibebaskan.

Perjanjian ini dianggap sebagai titik perubahan, menawarkan peluang untuk gencatan senjata di Gaza selepas 15 bulan berperang.

Difahamkan, perjanjian itu juga akan membolehkan penduduk Palestin kembali ke utara Gaza, di samping memastikan akses penghantaran bantuan kemanusiaan ke kawasan itu.

Gaza kini berdepan malapetaka kemanusiaan yang kritikal akibat konflik berpanjangan sejak Oktober 2023.

Sekiranya perjanjian damai itu dikuatkuasakan, ia diharap dapat meringankan penderitaan rakyat Gaza yang terjejas teruk akibat peperangan selepas kali terakhir tempoh bertenang dilaksanakan pada November 2023.

SinarHarian-

Tags: gencatan senjataHamasIsrael
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PBB Sahkan Israel Sasar Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin Secara Sistematik Dan Berterusan, Sebahagian Genosida

PBB Sahkan Israel Sasar Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin Secara Sistematik Dan Berterusan, Sebahagian Genosida

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub GENEVA – Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa Bebas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa pihak berkuasa dan pasukan keselamatan Israel secara...

Komander Batalion Israel Dilapor Terbunuh Dalam Pertempuran Di Selatan Lubnan

Komander Batalion Israel Dilapor Terbunuh Dalam Pertempuran Di Selatan Lubnan

19/06/2026
0

Oleh Mynewshub LUBNAN _ Israel (IDF) mengesahkan seorang pegawai kanan mereka terbunuh ketika operasi ketenteraan di selatan Lubnan, dalam insiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd