• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Mayat Disumbat Dalam But Kereta, Pemandu Lori Dituduh Esok

oleh Mohd Arshad
08/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kes Mayat Disumbat Dalam But Kereta, Pemandu Lori Dituduh Esok
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Suspek utama kes pembunuhan seorang lelaki yang mayatnya ditemui dalam but kereta di Jalan Jemaluang-Mersing pada minggu lalu, akan dituduh di Mahkamah Majistret Mersing, pada Rabu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor.

“Suspek lelaki tempatan berusia 35 tahun yang juga pemandu lori akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh yang membawa hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun dan minimum sebatan 12 kali, jika sabit kesalahan,” ujarnya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut Kumar, wanita tempatan berusia 33 tahun yang ditahan sebelum ini telah dibebaskan dengan mengikat bon mengikut Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah sebagai saksi pendakwaan.

Sebelum ini, mayat lelaki tempatan berusia 28 tahun dilaporkan dijumpai dalam keadaan berpakaian lengkap di dalam but kereta miliknya dengan kesan kecederaan di bahagian leher, pada 28 Disember.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, dendam dipercayai menjadi motif utama pembunuhan sebelum mayatnya ditemui di dalam but kereta jenis Proton Waja di Kilometer (KM) 26 Jalan Jemaluang-Kahang.

Bertindak atas maklumat risikan yang diperolehi, pasukan siasatan khas yang ditubuhkan telah berjaya membuat tangkapan ke atas seorang lelaki dan seorang wanita warga tempatan berusia 33 hingga 35 tahun di Johor Bahru pada jam 4.30 pagi pada 29 Disember.

SinarHarian-

Tags: kes mayat disumbatpemandu lori
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

04/01/2026
0

SEGAMAT: Pemandu lori terbabit kemalangan di Jalan Tenang Jaya, Pekan Tenang, di sini, semalam yang mengorbankan penunggang motosikal, direman dua...

Pemandu Lori Dipercayai Terlelap ‘Himpit’ Penunggang Motosikal Sehingga Maut, Direman Tiga Hari

Pemandu Lori Dipercayai Terlelap ‘Himpit’ Penunggang Motosikal Sehingga Maut, Direman Tiga Hari

31/08/2025
0

KAJANG: Pemandu lori yang terbabit kemalangan sehingga mengakibatkan kematian penunggang motosikal di Kilometer 292.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban arah ibu negara,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd