• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Rumah Bertanah Di KL, PJ Dijangka Naik Tiga Hingga Empat Peratus

oleh Mohd Arshad
06/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Harga Rumah Bertanah Di KL, PJ Dijangka Naik Tiga Hingga Empat Peratus
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Harga rumah kediaman bertanah dua tingkat di Lembah Klang, khususnya di Kuala Lumpur (KL) dan Petaling Jaya (PJ), dijangka meningkat antara 3 hingga 4 peratus pada tahun ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurut pempengaruh hartanah dan penggiat YouTube terkenal, Sean Tan, unjuran ini relevan terutamanya di kawasan permintaan tinggi seperti Desa ParkCity, Bangsar, dan Mont Kiara di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, hartanah bertanah terus menunjukkan prestasi memberangsangkan, terutama di kawasan komuniti berpagar dengan kawalan keselamatan, kerana pembeli semakin mementingkan keselamatan kediaman.

“Di kawasan seperti Desa ParkCity, unit kediaman yang terhad dan kualiti hidup yang tinggi telah menyebabkan harga hartanah melonjak dengan ketara,” katanya kepada Bernama selepas tampil dalam program The Nation terbitan Bernama TV yang dihoskan oleh Gerard Ratnam.

Bagaimanapun, Tan menjelaskan bahawa harga rumah bertanah di kawasan kejiranan lama seperti SS2 di PJ dan Kepong di KL mungkin mencecah harga siling. Ini berikutan kekangan kemampuan pembeli serta persaingan daripada projek pembangunan baharu yang menawarkan ciri keselamatan lebih baik.

Beliau turut menjangkakan bahawa hartanah perindustrian akan mencatat prestasi cemerlang menjelang 2025, terutama di Johor dan Lembah Klang, dengan lokasi seperti Jelutong di Pulau Pinang dan Lagong di Selangor menjadi tumpuan popular.

Secara keseluruhan, pasaran hartanah tahun ini dijangka menyaksikan beberapa anjakan hasil daripada faktor ekonomi, pembangunan infrastruktur, serta perubahan pilihan pembeli.

Untuk mendapatkan tawaran terbaik, Tan menggesa pembeli rumah memahami data pasaran, dinamik permintaan dan penawaran, serta perkembangan infrastruktur yang boleh mempengaruhi nilai hartanah.

“Bagi pembeli rumah kali pertama, fokuslah kepada mencari kediaman yang memenuhi keperluan anda pada harga yang berpatutan. Namun, bagi pelabur, sasarkan kawasan yang menawarkan hasil sewa tinggi, bekalan unit terhad, dan potensi pertumbuhan jangka panjang,” katanya.

Mengenai hartanah perindustrian, Tan menambah bahawa lokasi seperti Jelutong dan Lagong menarik perhatian disebabkan harga tanah yang kompetitif serta pembangunan infrastruktur baharu.

“Syarikat multinasional berminat melabur kerana harga tanah kita masih rendah, sekali gus memacu pembangunan bandar baharu di sekitar Lembah Klang,” jelasnya.

Beliau juga menyatakan bahawa penyiapan projek infrastruktur baharu seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Kelantan ke Selangor serta Transit Aliran Ringan (LRT) di Pulau Pinang akan meningkatkan prestasi jualan hartanah di kawasan yang terhubung dengan rangkaian pengangkutan tersebut.

Selain itu, kawasan seperti Pahang, Kelantan, dan Puncak Alam turut menawarkan peluang pertumbuhan.

“Projek perindustrian dan lebuh raya seperti Lebuhraya Pantai Barat telah mengubah kawasan yang sebelum ini kurang mendapat perhatian kepada destinasi pembangunan hartanah yang berpotensi besar,” katanya.

Bernama-

Tags: harga rumahPJ
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kerajaan Garis Langkah Atasi Harga Rumah Mahal

29/04/2022
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) telah menggariskan langkah segera...

Harga Rumah Masih Paras Sangat Tak Mampu Milik

03/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Harga rumah di Malaysia masih berada pada paras yang sangat tidak mampu milik jika dibandingkan dengan pendapatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd