• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perhilitan Giat Kesan Harimau Belang Di Kampung Orang Asli Sungai Choh

oleh Mohd Arshad
03/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Perhilitan Giat Kesan Harimau Belang Di Kampung Orang Asli Sungai Choh
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak masih meneruskan usaha mengesan harimau belang yang dipercayai menyerang lembu ternakan penduduk di kawasan berhampiran Kampung Orang Asli Sungai Choh, Ulu Kinta, di sini pada 26 Disember lepas.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, buat masa ini kelibat ‘Raja Rimba’ bersaiz dewasa itu dikesan menghampiri kawasan perangkap yang dipasang di sekitar lokasi serangan berkenaan.

“Kita dapati harimau terbabit ada datang menghampiri perangkap yang dipasang di sekitar lokasi serangan melalui beberapa kesan yang ditinggalkan.

“Pemantauan akan terus dilakukan pihak Perhilitan termasuk mengekalkan lokasi perangkap di kawasan sedia ada,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Jumaat.

Pada 26 Disember lepas, Perhilitan Perak mengesahkan berlaku kejadian serangan harimau belang terhadap lembu ternakan penduduk di kawasan itu selepas menjumpai kesan tapak kaki haiwan pemangsa terbabit berdekatan lokasi kejadian.

Yusoff berkata, punca utama harimau itu berkeliaran sehingga memasuki kawasan penduduk adalah disebabkan kurangnya populasi babi hutan disebabkan oleh virus African Swine Fever.

“Bagaimanapun mengikut rekod Perhilitan Perak, kemunculan harimau belang di sekitar kawasan berkenaan (Kampung Orang Asli Sungai Choh) sememangnya berlaku meskipun sebelum wabak itu menyerang babi hutan,” katanya.

Dalam pada itu, pihaknya meminta penduduk supaya mengawasi dan tidak membiarkan haiwan ternakan mereka bebas berkeliaran terutama di lokasi kejadian.

“Sebaiknya tempatkan haiwan ternakan di dalam kandang dan jangan sesekali biarkan haiwan itu bebas berkeliaran kerana ia mengundang risiko kejadian serangan berulang,” katanya.

Selain itu, beliau turut menasihati penduduk yang menggunakan laluan berhampiran kawasan serangan itu supaya berhati-hati dan tidak keluar berseorangan lebih-lebih lagi pada waktu malam.

“Sekiranya ternampak atau terserempak dengan harimau terbabit jangan ambil langkah yang boleh mengundang risiko, sebaliknya laporkan kejadian kepada pihak kami,” katanya.

-Bernama

Tags: harimau belangPerhilitan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

27/03/2026
0

PUTRAJAYA – Aduan berkaitan kehadiran babi hutan di sekitar Jalan P9A, Presint 9 kini sedang diambil tindakan oleh pihak berkuasa...

Lebih 2,300 Insiden Haiwan Liar Mati Dilanggar Dalam Tempoh 4 Tahun – PERHILITAN

Lebih 2,300 Insiden Haiwan Liar Mati Dilanggar Dalam Tempoh 4 Tahun – PERHILITAN

12/08/2025
0

PUTRAJAYA: Lebih 2,300 insiden haiwan liar mati dilanggar kenderaan atau roadkill direkodkan di negara ini bagi tempoh 2020 hingga 2024,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd