• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

X Belum Mohon Lesen Pengendali Media Sosial Sebab Pengguna Tak Capai 8 Juta

oleh Mohd Arshad
01/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
X Belum Mohon Lesen Pengendali Media Sosial Sebab Pengguna Tak Capai 8 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Empat penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial utama telah mengorak langkah ke arah pematuhan kawal selia dengan memohon lesen untuk beroperasi di Malaysia, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurut MCMC, Tencent (WeChat) telah diberikan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP (C)), menjadikannya penyedia perkhidmatan pertama dilesenkan di bawah keperluan pelesenan bagi penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial.

Selain WeChat, ByteDance (TikTok) juga berjaya memperoleh lesen mereka manakala Telegram di peringkat akhir proses pelesenan dan dijangka menerimanya dalam masa terdekat.

“Meta yang merupakan pengendali Facebook, Instagram, dan WhatsApp telah memulakan proses mendapatkan lesen untuk mengendalikan platform berkenaan di negara ini, yang juga dijangka dimuktamadkan tidak lama lagi,” menurut MCMC dalam kenyataan hari ini.

Menurut MCMC, X (dahulunya dikenali sebagai Twitter) dan Google, yang mengendalikan YouTube setakat ini masih belum mengemukakan permohonan masing-masing.

Menurut kenyataan itu, X memaklumkan bahawa jumlah penggunanya di Malaysia tidak mencapai nilai ambang iaitu lapan juta pengguna.

“Ketika ini, MCMC sedang meneliti kesahihan jumlah pengguna seperti yang dinyatakan oleh X itu dan akan meneruskan sesi libat urus untuk menilai kedudukan X,” menurut kenyataan itu.

Ogos lalu, MCMC memaklumkan semua perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang ketika ini mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di negara ini, perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bagi Google pula, menurut MCMC terdapat beberapa isu dibangkitkan berkaitan ciri-ciri perkongsian video di YouTube dan klasifikasinya di bawah Kerangka Pelesenan.

MCMC telah membincangkan isu yang dibangkitkan itu dan akan memastikan YouTube serta semua penyedia platform berkaitan yang memenuhi kriteria pelesenan tertakluk kepada kewajipan dan tanggungjawab untuk mematuhi Kerangka Pelesenan, yang kini telah berkuat kuasa.

“MCMC akan menilai status penyedia platform yang masih belum mendapatkan lesen yang dikehendaki dan menimbangkan tindakan sewajarnya di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Menurut suruhanjaya itu, penyedia platform yang didapati melanggar keperluan pelesenan mungkin dikenakan siasatan dan tindakan.

Pelesenan berkuat kuasa hari ini

Keperluan pelesenan yang berkuat kuasa hari ini, membuktikan komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan keselamatan dalam talian, meningkatkan perlindungan kepada pengguna terutama kanak-kanak dan golongan rentan serta menambah baik kawal selia ke atas penyedia perkhidmatan yang beroperasi di Malaysia.

MCMC turut memuji usaha penyedia perkhidmatan yang telah mengambil langkah ke arah pematuhan dan menekankan kepentingan untuk mematuhi keperluan pelesenan.

Menurut suruhanjaya itu lagi usaha tersebut penting dalam mewujudkan persekitaran dalam talian yang lebih selamat untuk semua rakyat Malaysia.

Bernama-

Tags: lesen pengendali media sosialpenggunax
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Pengguna Bijak Terpedaya Tidak’

‘Pengguna Bijak Terpedaya Tidak’

11/09/2022
0

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menyatakan `pengguna bijak terpedaya tidak'. Sebaris ayat yang amat tepat dan berpatutan. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Pengguna Terjejas Gangguan Bekalan Elektrik Akan Diberi Rebat – Takiyuddin

Pengguna Terjejas Gangguan Bekalan Elektrik Akan Diberi Rebat – Takiyuddin

30/07/2022
0

KOTA BHARU : Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menyediakan rebat terutama kepada peniaga yang terjejas akibat gangguan bekalan elektrik yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd