Kuala Terengganu : Pesalah khalwat berulang tiba di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, di sini, untuk menjalani hukuman enam sebatan pada 2.29 petang tadi.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Tertuduh berusia 42 tahun itu yang memakai pakaian lokap berwarna oren dan pelitup muka kemudian dibawa masuk, diiringi pegawai penjara dan polis.
Tukang rumah terbabit seterusnya menjalani pemeriksaan kesihatan oleh petugas Kementerian Kesihatan bagi menentukan tahap keadaan dirinya sebelum dibolehkan menjalani hukuman.
Lebih 100 jemaah masjid yang baru selesai menunaikan solat Jumaat berada di pekarangan masjid untuk melihat proses hukuman berlangsung.
Hukuman sebatan di bawah kesalahan syariah itu pertama kali diadakan di Terengganu selepas diputuskan Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Kamalruazmi Ismail dalam prosiding pada 20 November lalu.
-Harian Metro
