• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NASA Lakar Sejarah Terbang Paling Hampir Kepada Matahari

oleh Mohd Arshad
25/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
NASA Lakar Sejarah Terbang Paling Hampir Kepada Matahari
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON: Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah semalam apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Melalui misi itu, perisai haba kapal itu terdedah kepada suhu mencecah 930 darjah Celsius.

Dilancarkan pada Ogos 2018, kapal angkasa itu berada dalam misi selama tujuh tahun untuk mendalami pemahaman saintifik mengenai bintang dan membantu meramalkan perubahan cuaca angkasa yang boleh memberi kesan kepada kehidupan di bumi.

Penerbangan bersejarah pada Selasa dijangka berlaku tepat pada jam 6.53 pagi (1153 GMT), walaupun saintis misi perlu menunggu sehingga Jumaat untuk pengesahan kerana komunikasi dengan kapal angkasa itu terputus selama beberapa hari akibat jaraknya yang terlalu dekat dengan matahari.

Pegawai NASA, Nicky Fox, dalam satu video di media sosial, semalam memberitahu ketika ini Parker Solar Probe sedang terbang lebih dekat kepada bintang berbanding mana-mana objek lain.

“Kapal itu berada pada jarak 6.1 juta kilometer (km) dari matahari. Ia adalah detik penuh kegembiraan, kami berjaya,” katanya.

Jika jarak antara bumi dan matahari diibaratkan sepanjang padang bola sepak Amerika, kapal angkasa itu kini berada kira-kira empat meter dari zon akhir (end zone) pada saat kedekatan paling hampir, dikenali sebagai perihelion.

Misi berani NASA yang menempatkan kapal angkasa Parker Solar Probe berhampiran matahari itu dijangka memberikan jawapan kepada persoalan lama mengenai alam semesta, kata saintis program Arik Posner dalam satu kenyataan pada Isnin.

“Kami tidak sabar untuk menerima kemas kini status pertama daripada kapal angkasa itu dan mula menerima data saintifik dalam beberapa minggu akan datang,” katanya.

Perisai haba yang sangat berkesan memastikan instrumen dalaman probe kekal pada suhu hampir bilik – sekitar 29 darjah Celsius – walaupun ia hanya meneroka atmosfera luar matahari yang dikenali sebagai korona.

Parker juga bergerak pada kelajuan luar biasa, kira-kira 690,000km sejam (km/j), cukup pantas untuk terbang dari Washington, Amerika Syarikat (AS) ke Tokyo, Jepun dalam masa kurang daripada satu minit.

“Parker benar-benar akan menghantar data dari wilayah yang belum diterokai,” kata Nick Pinkine, pengurus operasi misi di Makmal Fizik Gunaan Johns Hopkins (APL) di Laurel, Maryland.

“Kami teruja untuk mendengar semula daripada kapal angkasa itu apabila ia melintasi Matahari.”

Dengan menjelajah ke dalam keadaan melampau ini, Parker membantu saintis menyelesaikan misteri terbesar matahari, termasuk bagaimana angin suria terbentuk, mengapa korona lebih panas daripada permukaan di bawahnya, dan bagaimana lontaran jisim korona – awan plasma besar yang meluncur di angkasa – terbentuk.

Penerbangan pada Malam Krismas ini merupakan yang pertama daripada tiga lintasan rapat memecahkan rekod, dengan dua lagi dijadualkan pada 22 Mac dan 19 Jun 2025, di mana kedua-duanya dijangka membawa jentera penerokan kembali pada jarak hampir serupa dengan matahari.

BHonline-

Tags: MatahariNASA
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Suntikan Polio Untuk 4 Juta Kanak-kanak

Lubang Besar 20 Kali Ganda Saiz Bumi Dikesan Pada Matahari

30/03/2023
0

WASHINGTON: Sebuah lubang besar 20 kali lebih besar daripada Bumi dikesan pada matahari yang merupakan kemunculan lubang kedua dalam tempoh...

NASA Umum Nama Empat Angkasawan Keliling Bulan 3 April

NASA Umum Nama Empat Angkasawan Keliling Bulan 3 April

11/03/2023
0

WASHINGTON: Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) akan mengumumkan nama empat angkasawan iaitu tiga warga Amerika Syarikat (AS) dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd