• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Koperal Polis Didakwa Rompak Jongkong Emas Bernilai Lebih RM500,000

oleh Mohd Arshad
17/12/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Koperal Polis Didakwa Rompak Jongkong Emas Bernilai Lebih RM500,000
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang lelaki warga Bangladesh, bulan lepas.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Koperal Muhammad Arieff Marhalim, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Mengikut pertuduhan, dia bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Robin Miah dengan merompak jongkong emas anggaran berat 1,499.81 gram bernilai RM580,345.26, wang tunai RM7,000 dan sebuah telefon bimbit jenis Redmi Note 13 yang merupakan harta dalam kawalan mangsa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Pudu, Dang Wangi di sini pada 12.25 tengah hari hingga 3.15 petang, 26 November lalu mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Aisyah Mohamed Zanyuin mencadangkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin manakala peguam Shah Rizal Abdul Manan yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya masih berkhidmat dan mempunyai tanggungan keluarga termasuk tiga anak.

Izralizam membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Jan tahun depan untuk sebutan kes.

Bernama-

Tags: jongkong emaskoperal polisRompak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengait Sawit Mengaku Tidak Bersalah Rompak Bekas Kekasih

Pengait Sawit Mengaku Tidak Bersalah Rompak Bekas Kekasih

11/08/2025
0

MELAKA – Seorang pengait sawit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan melakukan rompakan ke...

Lelaki ‘Lalok’ Dicekup Rompak Kedai Di Alor Gajah

Lelaki ‘Lalok’ Dicekup Rompak Kedai Di Alor Gajah

14/07/2025
0

Alor Gajah: Lelaki lalok dadah syabu dicekup polis selepas disyaki melakukan ugutan jenayah, samun dan merompak kedai serbaneka di bandar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd