• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Rancang Bentang RUU ‘Good Samaritan Law’ Lindungi Penyelamat Nyawa

oleh Mohd Arshad
14/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
KKM Rancang Bentang RUU ‘Good Samaritan Law’ Lindungi Penyelamat Nyawa
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN: Kementerian Kesihatan (KKM) merancang memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) berkonsepkan ‘Good Samaritan Law’ bagi melindungi individu yang bertindak memberikan bantuan kecemasan seperti resusitasi kardiopulmonari (CPR) dalam situasi jantung terhenti mengejut atau sudden cardiac arrest (SCA).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata akta itu juga bertujuan menyediakan perlindungan undang-undang kepada mereka yang bertindak menghulurkan bantuan atas dasar kepercayaan baik dalam usaha menyelamatkan nyawa orang awam.

Katanya, setakat ini akta berkaitan perkara itu belum diperkenalkan di negara ini dan Malaysia dilihat agak ke belakang berbanding negara lain seperti Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom (UK) yang mempunyai peruntukan undang-undang berkaitan akta itu.

“Akta ‘Good Samaritan Law’ ini penting untuk kita gubal dalam tempoh Parlimen ke-15 ini dengan matlamat menjadikannya setaraf dengan amalan di negara-negara lain. Saya tidak dapat memberi jaminan bila, tetapi saya mahu ia dilaksanakan secepat mungkin.

“Kita ada tempoh tiga tahun lagi untuk memastikan ‘Good Samaritan Law’ ini menjadi kenyataan,” katanya selepas merasmikan program 1st Malaysia Community First Responder Conference di sebuah hotel di Persiaran Gurney hari ini.

Yang turut hadir, EXCO Kesihatan, Belia dan Sukan Pulau Pinang, Daniel Gooi Zi Sen, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang, Datuk Dr Fazilah Shaik Allaudin dan Pakar Perunding Kanan Perubatan Kecemasan dan Ketua Perkhidmatan Kecemasan Kebangsaan, Dr Fatahul Laham Mohamed.

Akta ‘Good Samaritan’ ialah perlindungan undang-undang yang menggalakkan individu untuk membantu orang lain dalam situasi kecemasan tanpa rasa takut mengenai tindakan undang-undang sekiranya disaman kerana menyebabkan kecederaan yang tidak disengajakan semasa memberi bantuan.

Penyokong akta itu berhujah undang-undang sedemikian akan mewujudkan budaya lebih proaktif dalam menangani situasi kecemasan menerusi cara memberi perlindungan undang-undang kepada orang awam yang berniat baik. Akta itu akan menggalakkan lebih ramai individu tampil membantu dalam situasi kritikal seperti melakukan CPR dan menggunakan peralatan seperti defibrilator luaran automatik (AED).

Dr Dzulkefly berkata, beliau juga akan membawa hasil daripada persidangan 1st Malaysia Community First Responder Conference yang berkaitan dengan akta berkonsep ‘Good Samaritan’ itu untuk dibincangkan dalam mesyuarat pasca Kabinet minggu hadapan.

Beliau optimis akta ‘Good Samaritan’ dapat direalisasikan di negara ini dan KKM akan merujuk kepada amalan terbaik dari negara lain sebagai penanda aras dalam menggubal RUU akta itu.

“Walaupun undang-undang ini belum lagi digubal, kita melihat betapa pentingnya perlindungan undang-undang bagi mereka yang memberi bantuan kecemasan seperti CPR dan setiap orang, mempunyai potensi menjadi penyelamat nyawa.

“Ini adalah langkah penting untuk melindungi mereka yang bertindak atas dasar niat baik, dan kita harus pastikan mereka dilatih dengan baik untuk memberikan bantuan yang berkualiti,” katanya.

BHonline-

Tags: 'Good Samaritan Law'KKMRUU
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PGA Rampas Anak Pokok Seludup Lebih RM4.57 Juta

Next Post

SAPP Umum Keluar Daripada Perikatan Nasional

Related Posts

Muktamad Kadar Yuran Rundingan: Hartal Doktor Kontrak Bimbang Satu Lagi Janji Manis KKM

Muktamad Kadar Yuran Rundingan: Hartal Doktor Kontrak Bimbang Satu Lagi Janji Manis KKM

04/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Hartal Doktor Kontrak bimbang jaminan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memuktamadkan kadar yuran rundingan pegawai perubatan am (GP) dalam...

Gula-gula Kenyal Masih Dijual Di Platform Dalam Talian

Gula-gula Kenyal Masih Dijual Di Platform Dalam Talian

22/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Penjualan produk gula-gula kenyal atau gummy berbentuk mata dikesan masih berleluasa di kebanyakan platform dalam talian walaupun arahan...

Next Post
SAPP Umum Keluar Daripada Perikatan Nasional

SAPP Umum Keluar Daripada Perikatan Nasional

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd