• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAIS Usaha Kesan Ibu Bapa, Tak Terima Laporan Kes Jenazah Bayi ‘Ditahan’ 16 Hari Di Hospital

oleh AK-47
13/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
MAIS Usaha Kesan Ibu Bapa, Tak Terima Laporan Kes Jenazah Bayi ‘Ditahan’ 16 Hari Di Hospital
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM : Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak menerima sebarang aduan berhubung kejadian jenazah seorang bayi lelaki yang didakwa ‘ditahan’ dua minggu oleh sebuah hospital swasta di Klang.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata ketika ini MAIS menerusi agensinya, Lembaga Zakat Selangor (LZS) sedang mengesan ibu bapa kepada bayi terbabit.

“MAIS dan agensi terutama LZS atau Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) tidak menerima aduan sehingga hari ini.

“Kejadian berlaku di Klang dan kami mengetahuinya menerusi media saja, tiada sesiapa datang ke LZS untuk laporkan kesusahan mereka.

“Kita tidak tahu siapa nama ibu bapa dan nama arwah (bayi), sekarang kita berusaha mengesan mereka,” katanya selepas melepaskan Konvoi Bantuan Banjir MAIS ke Kelantan, Terengganu dan Kedah di sini, hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar meminta kerjasama semua mufti negeri mengeluarkan pandangan umum bagi sebarang isu membabitkan hukum.

Perkara itu bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan masyarakat termasuk berkaitan hukum syarak menyimpan dan membekukan mayat.

Terdahulu, tular kisah mayat bayi lelaki didakwa ‘ditahan’ dalam peti mayat di sebuah hospital swasta dipercayai selepas bapanya tidak mempunyai wang untuk menuntut jenazah berkenaan.

Kisah pilu itu dimuat naik pada Facebook pengurusan jenazah Islam, Mr Wan Chai Official yang mengambil tanggungjawab menguruskan jenazah bayi itu.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, setiap negeri mempunyai pusat zakat masing-masing dan umat Islam boleh tampil membuat aduan jika berdepan kesusahan.

“Secara kebiasaannya, golongan itu terutama asnaf akan sedaya upaya dibantu selepas menerima semua butiran lanjut. Perkara seumpama ini tidak seharusnya berlaku,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Kes Jenazah BayiMAIS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selain GISBH, Lebih 40 Kumpulan Ajaran Sesat Di Selangor Dalam Penguatkuasaan, Pemantauan – Pengerusi MAIS

Selain GISBH, Lebih 40 Kumpulan Ajaran Sesat Di Selangor Dalam Penguatkuasaan, Pemantauan – Pengerusi MAIS

19/10/2024
0

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mendedahkan terdapat lebih 40 kumpulan ajaran sesat di negeri ini sedang dalam pemerhatian,...

Program ‘Jom Ziarah’ Salah Di Sisi Undang-Undang – MAIS

Program ‘Jom Ziarah’ Salah Di Sisi Undang-Undang – MAIS

17/03/2023
0

Program yang dibuat untuk memujuk atau mempengaruhi mana-mana orang Islam untuk cenderung atau minat kepada agama bukan Islam dilarang di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd