• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Perlis Terima Bantuan Khas Kewangan RM2,000

oleh Mohd Arshad
10/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Penjawat Awam Perlis Terima Bantuan Khas Kewangan RM2,000
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Kerajaan Perlis bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan RM2,000 kepada semua penjawat awam negeri termasuk kakitangan kontrak.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli semasa membentangkan Belanjawan Perlis 2025 bertemakan ‘Perlisku Bestari Berkat Lestari’ pada Persidangan Dewan Undangan (DUN) di Kompleks DUN di sini hari ini.

“Sukacita saya mengumumkan, sebagai menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam, kerajaan negeri bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam negeri termasuk kakitangan kontrak,” katanya.

Dalam sidang media kemudiannya, Mohd Shukri berkata, pembayaran bantuan khas itu akan dibuat secara dua kali iaitu pada bulan ini dan Mac 2025 yang melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM2.83 juta.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan negeri menyambut baik pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang dijangka memberikan struktur gaji yang lebih adil dan kompetitif.

“Selaras dengan pelaksanaan SSPA berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024, penjawat awam akan memperoleh pendapatan minimum berjumlah RM2,115 sebulan.

“Dengan perbelanjaan tambahan yang perlu ditampung oleh kerajaan negeri berjumlah RM4.3 juta ini, besarlah harapan saya agar semua penjawat awam dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh pemegang taruh terutama rakyat di negeri Perlis yang kita cintai ini,” katanya.

Bernama-

Tags: bantuan khas kewanganpenjawat awam Perlis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penjawat Awam Terima Bantuan Khas Kewangan RM500, Pesara RM250

Penjawat Awam Terima Bantuan Khas Kewangan RM500, Pesara RM250

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan bantuan khas kewangan RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak....

Penjawat Awam Sabah Terima Bantuan Khas Kewangan RM2,000

Penjawat Awam Sabah Terima Bantuan Khas Kewangan RM2,000

24/11/2023
0

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam negeri termasuk penjawat awam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd