• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Acara Lelong Harta Datuk Vida Esok Ditangguhkan – Peguam

oleh Mohd Arshad
08/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Acara Lelong Harta Datuk Vida Esok Ditangguhkan – Peguam
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Acara lelong harta milik usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida, yang sepatutnya diadakan esok telah ditangguhkan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perkara itu disahkan oleh kedua-dua peguam yang mewakili subkontraktor terbabit dalam tuntutan berkenaan, Samir Zainal, serta peguam mewakili Vida, Datuk Adnan Seman.

Samir memaklumkan, acara lelong itu ditangguhkan hingga 8 Januari tahun depan.

“Ia ditangguhkan kerana ada permohonan Vida Beauty Sdn Bhd menyatakan harta itu adalah Vida Beauty Sdn Bhd yang punya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Mengulas lanjut, Samir berkata, beliau akan berbincang dengan anak guamnya yang juga plaintif kes itu bagi menentukan sama ada ingin membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah berkenaan.

“Saya perlu menghubungi anak guam dulu, esok, sama ada hendak merayu atau apa,” katanya.

Bulan lalu, media melaporkan kediaman bersama empat kenderaan milik Vida, disita selepas beliau gagal melangsaikan hutang lebih RM1 juta.

Sebuah akhbar bahasa Inggeris melaporkan, perintah sita itu dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas Vida tidak menjelaskan baki tunggakan bayaran untuk kerja ubah suai kilangnya di Shah Alam, Selangor, yang dijadikan studio.

BHonline-

Tags: acara lelongdatuk vida
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Kereta Antara 727 Barang Milik Datuk Vida Berjaya Dilelong RM1 Juta

Tiga Kereta Antara 727 Barang Milik Datuk Vida Berjaya Dilelong RM1 Juta

30/10/2025
0

IPOH: Sebanyak 727 harta yang disita milik usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida berjaya...

Ahmad Iqbal Tidak Perlu Hadap Muka DSV Lagi?

29/10/2017
0

EHEMMM... Alahai nampaknya spekulasi mengenai hubungan cinta antara jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida dengan pembantu peribadi, Ahmad Iqbal Zulkefli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd