• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ronda Cegah Jenayah Bongkar Kes Mayat Dalam But Kereta

oleh Mohd Arshad
06/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Ronda Cegah Jenayah Bongkar Kes Mayat Dalam But Kereta
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LANGAT – Rondaan polis semasa operasi pencegahan jenayah membongkar penemuan mayat kes bunuh yang disorokkan dalam but kereta di Telok Panglima Garang di sini, pada Selasa.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian daripada anggota Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) pada jam 5.08 pagi yang sedang menjalankan tugas rondaan.

Katanya, anggota BPJKK telah menahan sebuah kereta yang dinaiki dua lelaki warga asing dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan lanjut menemui satu mayat lelaki disyaki warga asing di dalam but kereta dengan kesan kecederaan di badan.

“Dua suspek lelaki warga asing berusia 17 dan 22 tahun yang bekerja sebagai peladang kemudian diberkas untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 14 Disember.

Tambahnya, motif pembunuh disyaki kerana isu dalaman, namun siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti motif utama dan penglibatan kedua-dua suspek dalam kes terbabit.

“Kita juga menyiasat di mana kejadian (bunuh) itu berlaku dan ke mana mayat mangsa akan dibawa oleh suspek,” ujarnya.

Jelasnya, orang awam yang mempunyai maklumat diminta untuk tampil ke balai polis berdekatan atau hubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-31872222,” ujarnya.

SinarHarian-

Tags: Kes Mayat Dalam Keretarondaan polis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Skuter Elektrik Akan Digunakan Dalam Rondaan Polis Di KLIA

Skuter Elektrik Akan Digunakan Dalam Rondaan Polis Di KLIA

15/04/2024
0

SEPANG: Polis mencadangkan kepada pengurusan Malaysia Airports Berhad supaya mengkaji semula kawalan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)...

7 Termasuk Wanita Ditahan Babit Penemuan Mayat Dalam Kereta

7 Termasuk Wanita Ditahan Babit Penemuan Mayat Dalam Kereta

11/09/2023
0

PETALING JAYA : Polis menahan tujuh individu termasuk wanita bagi membantu siasatan penemuan mayat lelaki dalam kereta di Batu 14,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd