• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Petugas Jabatan Forensik Hospital Kerajaan Didakwa Terima Rasuah Pengurusan Mayat

oleh Mohd Arshad
05/12/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
5 Petugas Jabatan Forensik Hospital Kerajaan Didakwa Terima Rasuah Pengurusan Mayat
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN: Lima penjawat awam bertugas di jabatan forensik sebuah hospital di sini, hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menerima rasuah antara RM600 hingga RM2,250 daripada syarikat berkaitan perkhidmatan pengurusan mayat sejak 2021.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mereka ialah Penolong Pegawai Perubatan, NS Sharvinder Singh, 40, bersama Pembantu Perawatan Kesihatan, S Vickneswari, 55; P Veeramaly, 50; Mohd Nor Ali, 36, dan Wan Mohd Fazlan Shah Shasim, 41.

Semua tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Mereka dituduh sebagai pegawai badan awam, iaitu Penolong Pegawai Perubatan U32 serta Pembantu Perawatan Kesihatan U14 dan U11 di jabatan forensik hospital, secara rasuah menerima suapan wang berjumlah RM600 hingga RM2,250 menerusi transaksi dalam talian ke akuan bank mereka.

Suapan itu diterima daripada dua individu yang juga pemilik syarikat berkaitan pengurusan mayat sebagai upah untuk memberikan maklumat kematian dan maklumat aris si mati di hospital berkenaan kepada individu terbabit.

Kesalahan itu dilakukan di beberapa bank di Seremban, Kuala Pilah dan Mantin, antara 5 Jun 2021 hingga 9 Februari 2023.

Sehubungan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Sekyen 24 (1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun, denda tidak kurang 15 kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Fatin Nur Athirah Zainudin, manakala peguam, G Visanathan mewakili Sharvinder Singh; Paul Krishnaraja mewakili Vickneswari dan Veeramaly serta Datuk Hanif Hassan mewakili Mohd Nor dan Wan Mohd Fazlan Shah.

Mahkamah membenarkan Sharvinder Singh diikat jamin RM10,000, Vickneswari (RM6,000), Veeramaly (RM4,000), Mohd Nor (RM5,000) dan Wan Mohd Fazlan Shah (RM3,000), selain mengarahkan mereka melapor diri di Pejabat SPRM berdekatan pada Sabtu pertama setiap bulan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi serahan dokumen pada 9 Januari depan.

BHonline-

Tags: pengurusan mayatpetugas jabatan forensikrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd