• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Sahkan Siasat BAM

oleh Mohd Arshad
03/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
SPRM Sahkan Siasat BAM
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan telah dibuat terhadap kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurut sumber, SPRM sudah membuka kertas siasatan berhubung perkara terbabit.

“Siasatan sedang dijalankan namun difahamkan SPRM telah membuka kertas siasatan terhadap Timbalan Presiden BAM.

“Berkaitan perkara lain, ia akan dimaklumkan kelak,” katanya pada Selasa.

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan BAM mengesahkan kehadiran pegawai SPRM ke pejabat badan induk di Bukit Kiara, Kuala Lumpur bagi mendapatkan beberapa maklumat tertentu.

Bagaimanapun, tiada info lanjut dari BAM berhubung maklumat yang diminta oleh SPRM.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan maklumat daripada individu yang tidak diketahui telah mencetuskan siasatan terhadap dakwaan seorang pegawai tertinggi BAM menerima elaun tambahan tanpa kelulusan lembaga, yang berkemungkinan melanggar undang-undang antirasuah.

Portal itu turut melaporkan Pemangku Presiden BAM, Datuk V Subramaniam dan Setiausaha Agung, Datuk Kenny Goh, mungkin akan dipanggil untuk memberikan kenyataan.

SinarHarian-

Tags: BAMSPRM
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd