• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perjanjian Gencatan Senjata Antara Israel-Hizbullah Berkuat Kuasa Rabu

oleh Mohd Arshad
27/11/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Perjanjian Gencatan Senjata Antara Israel-Hizbullah Berkuat Kuasa Rabu
Share on FacebookShare on Twitter

BAITULMAQDIS – Perjanjian gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Hizbullah hasil perantaraan Amerika Syarikat dan Perancis mula berkuat kuasa pada Rabu, 4 pagi waktu tempatan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Di bawah perjanjian itu, Angkatan Bersenjata Lubnan akan ditempatkan ke selatan Lubnan dalam tempoh 60 hari, manakala Israel secara beransur-ansur akan mengundurkan baki tenteranya.

Perjanjian itu juga memerlukan Hizbullah memindahkan tenteranya ke utara Sungai Litani, lapor Agensi Anadolu.

Presiden AS, Joe Biden menegaskan walaupun tiada kehadiran tentera Amerika di selatan Lubnan, “kami, bersama Perancis dan pihak lain akan menyediakan bantuan yang diperlukan untuk memastikan perjanjian ini dilaksanakan sepenuhnya dan berkesan.”

“Orang awam di kedua-dua pihak tidak lama lagi akan dapat kembali dengan selamat ke komuniti masing-masing dan memulakan proses membina semula rumah, sekolah, ladang, perniagaan, serta kehidupan mereka,” kata Biden.

Menurut laporan, antara 5,000 hingga 10,000 anggota tentera Lubnan akan dikerah ke kawasan antara sempadan Israel-Lubnan dan Sungai Litani.

Langkah ini bertujuan menghalang pengukuhan semula kumpulan bersenjata, selaras dengan Resolusi 1701 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Kementerian Kesihatan Lubnan melaporkan sekurang-kurangnya 55 orang terbunuh akibat serangan Israel pada Isnin, menjadikan jumlah korban sejak Oktober 2023 kepada 3,823 orang.

Sebanyak 160 orang lagi cedera dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kecederaan kepada 15,859.

Bernama-

Tags: gencatan senjataHizbullahIsrael
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

04/07/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR – Malaysia berada di kedudukan ketiga dalam senarai negara yang mencatatkan kadar tertinggi pandangan tidak memihak...

PBB Sahkan Israel Sasar Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin Secara Sistematik Dan Berterusan, Sebahagian Genosida

PBB Sahkan Israel Sasar Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin Secara Sistematik Dan Berterusan, Sebahagian Genosida

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub GENEVA – Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa Bebas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa pihak berkuasa dan pasukan keselamatan Israel secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd