• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Bunuh Ibu, Simpan Mayat Dalam Peti Sejuk Beku Didakwa Esok

oleh AK-47
25/11/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Suspek Bunuh Ibu, Simpan Mayat Dalam Peti Sejuk Beku Didakwa Esok
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Lelaki yang ditahan kerana disyaki membunuh ibunya sebelum menyimpan mayat wanita itu dalam peti sejuk beku di kediamannya di Taman OUG, dekat Jalan Klang Lama, di sini akan didakwa esok.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perkembangan itu dimaklumkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dalam satu kenyataan ringkas, hari ini.

Katanya, tempoh reman ke atas suspek akan tamat esok dan pihak Pejabat Peguam Negara (AGC) bersetuju untuk suspek terus dituduh di mahkamah.

“Kertas siasatan sudah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara pada hari ini dan mereka bersetuju untuk pertuduhan ke atas suspek mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Setakat ini, kita sudah merakam percakapan 13 saksi untuk membantu dalam siasatan kes ini,” katanya.

Pada 12 November lalu, media melaporkan seorang lelaki menghubungi talian MERS 999 mendakwa mengalami masalah kesihatan ketika berada di rumahnya, selain mendakwa telah membunuh ibunya di kediaman sama tiga tahun lalu.

Kejadian terungkai selepas pihak polis dan pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian menemukan lelaki itu terbaring di sebelah peti sejuk beku yang menempatkan mayat mangsa.

Suspek turut mendakwa menghadapi masalah kewangan apabila kehabisan wang simpanan, selain mempunyai masalah kesihatan kronik.

Suspek ditahan di lokasi kejadian dan mayat yang ditemukan dalam peti sejuk beku itu kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Bedah siasat ke atas mayat wanita warga emas berusia lingkungan 80-an itu menemukan kesan kecederaan pada bahagian dada kesan daripada hentakan objek tumpul dan dikenal pasti sebagai punca kematian.

-Berita Harian

Tags: Kes Bunuh Ibu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu, Simpan Dalam Peti Sejuk Diarah Jalani Pemeriksaan Mental

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu, Simpan Dalam Peti Sejuk Diarah Jalani Pemeriksaan Mental

20/03/2025
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini pada Khamis mengarahkan lelaki yang didakwa membunuh ibunya dan menyimpan mayat wanita itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd